Wednesday, 11 November 2020

Selamat Hari Lahir Mak!

Alhamdulillah...

Biarpun sederhana kami adik beradik masih diberi kesempatan untuk sambut besday mak tahun ini. Sekalipun kita semua sibuk dengan wabak yang melanda tapi syukur kami masih dapat berkumpul bersama. 

Seperti tahun sebelumnya eija adik beradik berkumpul dan membuat makan-makan di rumah sahaja. Kami buat Bbq, ada sate, mee bandung, pizza, kek dan menu-menu tambahan lain. Kira penuhlah meja
malam tu.

Kebetulan pulak anniversary abang eija & wifey pon sama tarikh lahir mak...so dia buatla sekali..Kira malam tu ada dua kek la..Actually besday mak hari ni 11/11 tapi disebabkan tarikh tu hari bekerja so kami adik beradik decide buat awal sikit..so majlis ni kami buat 8/11. 

Tapi nasib baik kitaorang buat awal sebab beberapa hari sebelum tu pak mail dah buat pengumuman esoknya 9/11 melaka diistihar PKPB balik. Kalau tak habis plan kitaorang..hihihi.

Majlis ni sederhana je. Malam tu eija jemput adik-adik ipar dan beberapa kenalan rapat family sahaja. Itupun dah cukup meriah. Malam tu hujan pulak, sejuk je seolah-olah merahmati majlis kitaorang malam tu.

Sesungguhnya, tiada yang lebih bernilai apabila melihat mak tersenyum. Betullah... rahmat hidup seorang anak apabila dapat membahagiakan ibu bapa.




" Selamat hari lahir mak, maaf tiada hadiah yang besar tahun ini. Hadiah eija untuk mak adalah doa eija semoga Allah S.W.T panjangkan umur mak, mak diberi kesihatan yang baik dan mak di dalam lindungan Allah S.W.T sentiasa...Aminnnn.."

Ibu bapa ni tak minta dibalas hadiah atau barang mewah-mewah tetapi jika ada itu bonus buat dirinya. Yang dia mahu selagi dia masih bernafas anak-anak, cucu-cucu dan family yang disayang itulah yang dia mahu ada didepan mata.

Jadi, sape-sape yang masih ada ibu ayah hargai selagi mereka ada, bahagiakan mereka selagi boleh. Ambillah sedikit masa untuk ada dengan mereka. Kalau kita boleh menghabiskan masa berjam-jam di media sosial takkan 5 minit untuk mereka pun tak boleh.

Pada mereka yang sudah lama berselisih faham jernihkanlah kembali hubungan itu. Takkan rendah martabat kita jika kita rendahkan ego demi sebuah perhubungan. Malah mereka yang merendah diri ini lebih tinggi darjatnya. Sekeras-keras hati mak ayah pasti ada di dalamnya hati yang lembut.

Manakala pada yang telah tiada jangan putuskan doa kita untuk mereka kerana kitalah penyambung kasih sayang serta amalan mereka didunia.

Hargailah keduanya...




*Note

" Tiada yang lebih berharga buat kita selain seseorang yang dipanggil ayah dan ibu.."

Tuesday, 3 November 2020

NIQAB

Baru-baru ini banyak cerita mengaitkan wanita dengan pemakaian niqab. Apakah ianya hanya sekadar mengikut trend atau perubahan kepada ke arah yang lebih baik.


Dan tak salah juga untuk kita cuba memahaminya serba sedikit. Pada dasarnya niqab bermaksud sejenis kain yang menutupi wajah dan hanya dipamer di bahagian mata sahaja dan kebanyakkannya dipakai oleh wanita-wanita di negara Arab.


Walaupun kita sudah menjangkau era 2020, masih ada lagi salah tanggapan atau memandang dari sudut negatif. Ada yang beranggapan memakai niqab akan berhadapan masalah mendapat pekerjaan la atau boleh kehilangan kerja, kehilangan kawan atau disisihkan masyarakat malah ada juga melabelkan mereka pengganas. 


Sampai begitu sekali tanggapan mereka. Memandang luaran terus dilabel semuanya sama. Semakin kita ke arah era intelektual semakin manusia tidak tahu membeza mana yang baik dengan yang tidak. Seharusnya kita nilai dengan sikap dan sifat seseorang bukan hanya sekadar memandang penampilan.


Manakala pada zaman Rasulullah S.A.W, bagi seseorang lelaki yang mempunyai isteri yang cantik amat digalakkan memakai niqab bagi menggelakkan fitnah kerana ianya hak mutlak suami sahaja.


Jika golongan biasa memakai niqab, itu menjadi sesuatu yang biasa didengar tetapi jika perubahan itu dilakukan oleh celebrity  terkenal sudah pasti ianya memberi banyak impak yang sangat besar.


Sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh celebrity terkenal Neelofa. Allahuakbar, sangat manis dan indah dipandang. Sesungguhnya apabila dia berkehendak memberi hidayah, maka dia akan memberi kepada sesiapa jua yang dia kehendaki.



Dari hari pertama beliau melakukan perubahan banyak komen-komen positif, malah tidak kurang juga komen negatif. Pada pendapat eija, apabila kita dijentik hidayah sudah pasti bukan mudah untuk kita istiqamah dan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.


Walaupun sebelum ini perubahan beliau disifat lebih mengikut peredaran fesyen bukan mengikut syariat yang sebenar. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat untuk terus mencari dan mendekati. Terus belajar dan mencari tujuan sebenar kita sebagai hambanya. Dan sekarang, lihatlah perubahan beliau hari ini.


" Saya korbankan apa yang saya suka iaitu kecantikan " - Neelofa. Bukan semua wanita boleh melakukan seperti beliau. Lebih-lebih lagi beliau yang cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di persada antarabangsa. 


Malah beliau tidak takut di reject dari jenama antarabangsa jika mereka tidak dapat menerima perubahan beliau. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila jenama antarabangsa tersebut bertanya bagaimana mereka boleh disesuaikan dengan penampilan baru lofa. Lihat! Tiada yang lebih berkat apabila kita mendahulukan keberkatan yang esa.


Kita hanya manusia biasa dan sudah pasti kadang-kadang hati masih berbolak balik antara glamour mahupun keinginan duniawi. Lagi-lagi ingin melepaskan sesuatu yang sudah sebati dengan diri. Tiada manusia yang tidak mahu menjadi lebih baik. 


Seharusnya, kita sentiasa membantu dengan memberi komen dan doa-doa yang baik semoga perubahan yang dilakukan dengan penuh istiqamah. Jika tersasar janganlah sewenang-wenang melemparkan komen-komen negatif yang tidak membina.


 Siapa kita nak menilai manusia. Jadikan beliau sebagai contoh and hope one day we also being good muslimah like syariat Islam yang dituntut dan terus memperbaiki diri.


*Note


" Kita perlu sentiasa memperbaiki diri dan tidak malu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan". 







Friday, 30 October 2020

Salam Maulidur Rasul | 2020

Biarpun kita sudah meraikan hari Maulidur Rasul 2020 semalam tapi rasanya tidak salah jika eija berkongsikannya lagi.


Kita tahu hari tersebut adalah hari kelahiran atau hari keputeraan Nabi Muhammad S. A.W yang dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada subuh hari Isnin, 20 April 571 Masihi di rumah Abu Talib di Mekah. Dan Baginda telah diberi nama Muhammad Bin Abdullah.


Setiap tahun kita pasti akan meraikannya tetapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar memahami dan menghayatinya.  Memandangkan keadaan sekarang yang masih belum stabil disebabkan wabak covid-19. Jadi sambutan Maulidur Rasul tidaklah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ianya lebih tertutup dalam bilangan yang lebih terhad.


 Pada pendapat eija, walaupun tiada sambutan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W kita masih boleh menyambut atau meraikannya dengan sentiasa berselawat ke atas nabi dan bukan sekadar menzahirkannya di mana-mana media sosial. 


Update di media sosial tu tak salah, itu juga sesuatu yang bagus. Cuma, kita boleh menghidupkan hari tersebut dengan berselawat beramai-ramai.  Maksud beramai-ramai tu bukan kita pergi berarak ye.


Maksud eija,  kita tahu kebiasaannya hari tersebut kita semua bercuti. Jadi, why not masa yang ada tu kita 1 family hidupkan hari Maulidur Rasul itu dengan berselawat keatas nabi beramai-ramai.


 Kita dapat semaikan rasa cinta kita pada Rasulullah malah dapat mengeratkan hubungan antara keluarga serta penuh keberkatan. Setuju tak??? Kalau boleh buat tiap-tiap tahun. Yelah tak semua dapat meraikan sambutan Maulidur Rasul kan. Dan lebih baik bukan pada hari Maulidur Rasul sahaja kita berselawat tetapi teruskan berselawat jadikan amalan setiap hari.


Terlalu banyak manfaat yang kita boleh dapat dan kadang-kadang kita tak perasan. Malah berselawat ni tak kira tempat dan masa. Boleh buat di mana-mana atau bila-bila masa sahaja.



* Note


" Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah S.W.T akan berselawat dengan sepuluh selawat. " (Riwayat Muslim-384) 



 

Wednesday, 28 October 2020

Me & Si Bulus...

 Lain benor je topik blog kali ni...hihihi. Tapi jangan risau, insyaallah tak ada yang pelik pun. Sebenarnya Si Bulus yang eija nak maksudkan kat sini ialah kucing-kucing peliharaan eija. 


Eija dari kecik memang sukakan binatang especially kucing. Maybe ikut perangai arwah ayah kot. Arwah ayah eija memang penyayang and sukakan kucing. Biasanya kucing yang kitaorang bela adalah kucing orang buang dan berkeliaran dekat rumah. Kadang-kadang anak-anak kucing yang dibuang tanpa ibu. Kira masih menyusu ibu so kesian sangat. 


Family eija pun memang sukakan kucing so takde masalahlah nak membelanya. Tapi tak semua kucing-kucing yang datang rumah kitaorang tu terus kitaorang bela. Biasanya family eija akan bagi makan dulu. Kalau ada yang cedera tu kitaorang letakkan ubat mana-mana tempat yang luka tu. Then kitaorang letakkan kain then diorang tidurlah dekat luar bangsal dapur rumah.


 Kalau yang dah dewasa tu kebanyakan merayau tempat lain. Balik rumah pun sekadar makan. Yang terus duduk rumah tu biasa anak-anak kucing la. Yelah bukan kucing ni tahu merayau cari makan or cari susu sendiri.


So dari kecil tu kitaorang bela sampai ke besar dan beranak pinak la. Tapi tak pernah kekal selalu silih berganti. Ada yang keluar tak balik-balik dan ada yang kena langgar kereta atau motor. Sebab rumah family eija dekat dengan tepi jalan raya besar. Memang tak boleh nak kawal. Kitaorang memang tak letak dalam sangkar. So kucing-kucing tu semua bebas nak keluar masuk. 


Then lepas eija dah sambung belajar, menetap dan bekerja di KL memang takde bela kucing la. Lagipun duduk menyewa rumah flat susah. Kadang- kadang ada housemate yang alah atau takut dengan kucing. 


Kadang-kadang tengah makan dekat gerai datang seekor dua kucing jalanan minta makanan. Kalau masih ada lebihan makanan eija hulur sikit pada si bulus-bulus ni. Bila tengok rasa kesian sangat. Itu jugak la tempat eija lepaskan rindu pada kucing-kucing dekat kampung. 


Kemudian lepas eija kahwin dan balik ke Melaka eija duduk sementara rumah mak. Sementara nak cari rumah sewa. Masa duduk rumah mak, eija tak berkerja dah so kucing-kucing ni memang eija lah yang bela dan jaga. 


Dari bagi makan and bersihkan pupu dia. Kalau sakit eija bawak pergi klinik. Tu eija anggap eija ni dah mummy Bulus dah...hihihi. Mana tak nya kalau sakit ke, bergaduh ke, tak balik ke eija lah paling risau. Macam mak dengan anak.


Kadang-kadang bila sembahyang ramai betul makmum eija...hihihi. Mana yang rapat tu memang akan duduk tepi sejadah teman eija sembahyang. Dan ada sekor dua tu memang tidur sekali dengan eija. Nasib baik dapat husband yang faham dan sukakan kucing. Kadang-kadang husband eija yang panggil or ambik diorang (bahasa untuk kucing bukan orang ye..hihihi..)ni letak tidur tepi katil.


Tapi tak salah kan, kucing-kucing nipun makhluk Allah yang perlu kita jaga elok-elok. Yelah eija pun tak ada anak lagi. Sekurang-kurangnya tak adalah bosan sangat. Kucing nikan cute, manja dan lucu so bila bermain dengan diaorang ni hati rasa tenang and happy je. 


Macam budak keciklah eija kerjakan. Kena peluk, kena cium and eija suka kacau time diorang tido. Hihihi...rasa geram je. Lagi-lagi bila kucing-kucing ni buat muka comel dia mmm...lagilah eija geram..


Kalau tak silap eija kucing jugak binatang kesayangan Nabi S.A.W. Jadi buat baik ni bukan sesama manusia tapi juga pada semua makhluk yang Allah S.W.T cipta. So sape-sape kata pelihara kucing ni buang masa, buang duit atau tak mendatangkan manfaat please lah open mind tu sikit. 


Setiap makhluk yang Allah S.W.T cipta semuanya bersebab. Tidak kira binatang, pokok-pokok, benda yang kita nampak ataupun tidak. Kalau kita menghina atau memudaratkan mereka ni seolah-olah kita menghina pencipta kita.


 Cuma bezanya manusia Allah S.W.T berikan akal, jadi gunakanlah akal yang diberikan sebaik-baiknya. Memelihara kucing ni bukan sahaja mendatangkan pahala malah membantu dari segi terapi diri seperti kemurungan, tekanan emosi dan juga stress.


Honestly, eija dapat rasa keberkatan memelihara makhluk Allah S.W.T ni. Walaupun hanya husband eija yang bekerja sepenuh masa dan eija sekadar membuat bisnes kecil-kecilan. Pendapatan kitaorang tidaklah sebesar dulu tapi alhamdulillah rezeki tu tak pernah putus dan takde sampai tak cukup duit. Kadang-kadang datang rezeki yang tak dijangka.


Allahhuakbar...bertapa besar nikmat Allah S.W.T bagi ni. Kita dapat pahala dan dapat belajar erti bersyukur. Eija bersyukur Tuhan jadikan eija seorang manusia yang sayang kepada makhluk-makhluknya seperti kucing ni.


Tapi tulah hidup ini tidak dapat lari dengan dugaan dan ujian. Memang betul menguji kerohanian eija. Tragedi tu masih terbayang diminda. Kalau teringat pasti eija akan mengalirkan air mata.


Tragedi ini berlaku 2 tahun lepas dan rasanya 2 bulan sebelum eija berpindah ke rumah sewa. Sesuatu yang eija takkan lupa dan masih terasa sakitnya sampai sekarang. Dari ibu kucing tu beranak eija sambut, eija jaga dari kecik sampai besar. Bermain bergurau bersama. Semuanya manja dan terlalu rapat dengan eija.


Tapi 5 ekor daripada semua kucing kesayangan eija pergi seekor demi seekor. Bukan mati sakit atau dilanggar tapi seolah diracun. Ada mulut sudah berbuih eija jumpa dipanggal pokok rambutan rumah dengan badan dah keras tak bernyawa. 


Ada yang tadinya elok  tido dan bermain. Bila keluar sekejap tapi bila pulang, mulut dah berbuih, mengelupur menahan sakit. Allahhuakbar sakit yang tidak tertanggung untuk eija hadap seekor demi seekor nazak dan pergi dalam pangkuan eija. 


Mereka pergi sangat pantas sampai eija tak sempat nak dapatkan rawatan untuk kucing-kucing eija ni. Ada tu eija cuba juga bawa ke klinik tapi tak sempat. Allah S.W.T lebih sayangkan mereka. Hanya sekor sahaja yang eija dapat selamatkan iaitu mummy Cantik. Mungkin dia baru terhidu dan tidak sempat makan racun tersebut. 


Tapi kesayangan eija si Gebu tak dapat diselamatkan. Sudahlah beranak kecik dan anak-anak Gebu masih menyusu. Kejam sungguh manusia. Tenanglah Gebu dunia ini terlalu kejam. Hanya disamping penciptamu kau akan tenang.


Memang ada jiran sebelah rumah mak eija yang tak suka kucing-kucing kitaorang. Kalau kucing eija bermain dekat laman kebun dia. Siap baling-baling batu lagi. Eija tak nak tuduh sape-sape walaupun hati rasa dia yang racun kucing eija.


Bagi eija kalau kita tak suka sekalipun tak perlu jadi manusia kejam dan tak berakal. Tapi eija tak mahu tuduh-tuduh. Allah S.W.T tu maha mengetahui. Kalau betul dia yang buat cepat-cepatlah taubat selagi sempat sebab dosa dia bukan pada eija tapi pada makhluk Allah S. W. T tu.


Selepas tragedi tu eija pun dah berpindah dan sekarang dah hampir 2 tahun eija and husband hidup berdikari. Hampir kesemua kucing-kucing di rumah mak, eija bawa dan bela di rumah sewa kami. Cuma tinggalkan comot dan abang becky sahaja. Katanya sunyi pulak kalau semua eija ambil. 


Pada awal eija duduk di rumah sewa sekali lagi eija diduga apabila semua anak-anak kucing yang kecil mati akibat virus kucing. Yang tinggal hanya kucing-kucing dewasa sahaja. 


Cantik pun sudah semakin uzur dan mula diserang sakit tua. Sekarang yang ada eija jaga 2 jantan dan 8 betina. Mummy Cantik, Mimi, Kakak Cantik, Ocobot, Lala, Ning, Kurus, Kiki, si Kembang dan termasuk ahli baru Si Citam. 


Mereka nilah harta, kawan, peneman dan anak-anak kesayangan eija. Dan hanya mereka yang sayang binatang sahaja akan faham perasaan eija.


Ini semua bulus kesayangan eija sekarang. Yang dah tiada biarlah eija simpan sebagai kenangan peribadi yang tak mungkin eija lupakan.

*Note

 " Sebagai manusia kita perlu belajar menyayangi semua makhluk cipta Allah S.W.T "




Sunday, 25 October 2020

Malaysia, Covid semakin parah...


Ya Allah, Sekarang ni setiap hari ada je kes peningkatan covid-19 di Malaysia. Untuk 24/10/2020 sahaja sudah menjangkau lebih 1000 kes penularan tempatan sehari. Serius agak membimbangkan. 

Mungkin angkanya tidak sebesar seperti negara-negara lain tapi bagi negara Malaysia ni, eija anggap tu sudah cukup besar dan benar-benar ditahap yang membimbangkan. 

Kes yang paling tinggi setakat ini ialah di negeri Sabah sehingga menjangkau ribuan kes. Dan hampir keseluruhan negeri Sabah berada pada zon merah. Ada rakyat berpendapat dan timbul rasa marah kerana pilihanraya di Sabah baru-baru ini dianggap penyumbang terbesar peningkatan kes di Sabah termasuk di semenanjung.

 Bila fikir balik rasa ada betulnya. Kerana rasa tidak sabar ahli politik ingin memegang jawatan di dalam Parlimen sehingga lupa yang kita sedang berperang dengan wabak paling merbahaya abad ini.

 Tapi tulah nak menyalahkan 100% pun tidak boleh. Lagipun tiada guna kita terus saling salah menyalahkan satu sama lain. Mungkin ini juga kehendaknya. Jalan terbaik ialah kita bersikap positif dan menjaga SOP seperti disyaratkan.  

Dalam memikirkan keadaan sekarang ini teringat kawan-kawan kerja dari Sabah yang punya ahli keluarga di sana pasti kerisauan dihati mereka. Bantu dan lindungilah mereka sentiasa Ya Allah. Pulihkanlah keadaan di sana yang hampir kritikal sekarang ini.

Apakah darurat akan dilancarkan???

Tapi jika itu jalan terbaik eija sangat menyokong kerana yang penting buat masa sekarang sememangnya keselamatan dan kesihatan mereka yang kita perlu risaukan. Janganlah kita risau tak makan atau tiada bantuan yang datang membantu. 

Eija rasa negara Malaysia atau rakyat malaysia ni sejenis bermurah hati. Dan insyaallah pasti ada sahaja bantuan yang akan datang dari pelbagai cabang.

Baik kerajaan, bantuan-bantuan kemasyarakatan malah dari bantuan persendirian yang tidak jemu-jemu menghulur bantuan. Rasanya kita perlu menjadi rakyat yang bersyukur kalau nak dibandingkan negara-negara lain diluar sana.

Lagi satu teringat keadaan frontliner kita yang sudah semakin penat.  Besar betul bakti mereka. Menjalankan saringan setiap hari dan mungkin sudah berpuluh ribu banyaknya atau ratus ribu. Yang pasti sudah cukup banyak dan amat meletihkan. 

Belum lagi dengan kes yang sudah konfirm positif dan semakin bertambah setiap hari. Rasanya mereka sudah cukup berkorban untuk kita selama hampir 10 bulan ini. Terpaksa berjauhan dengan suami, isteri, anak-anak, keluarga serta terpaksa memutuskan apa jua sosial demi memastikan kita pulih.

 Ye kita tahu kalau nak kena jangkit juga siapa kita nak menghalang tapi sekurang-kurangnya kita bantulah mereka dengan menjaga SOP dan duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting diluar. Sekurang-kurangnya kadar penularan jangkitan dapat dikurangkan.

Jangan hanya fikir rasa bosan kita je berkurung, tidak bebas. Bagaimana pula mereka yang duduk dibarisan hadapan menghadap kes yang sama setiap hari yang terpaksa merisikokan diri juga keluarga mereka. 

Janganlah jadi rakyat yang mementingkan diri. Manalah tahu dari 10/10 posibility boleh dijangkiti kita dapat mengurangkan 1/10 pun dah consider membantu. Apatah lagi jika kita bersatu hati.

Dan bila kita cuba berfikir dari sudut lain pula, pada pendapat eija wabak yang benar-benar menduga kita sekarang ini mungkin sebahagian ujian yang esa. Di mana dia menguji kesabaran kita dan keteguhan hati menerima sesuatu ketentuan. 

Sebagai hamba kita perlu berusaha serta yakin setiap penyakit ada ubatnya. Mungkin juga selama ini kita sudah cukup selesa sehingga lupa tanggungjawab kita sebahagian hambanya.

Sejujurnya ini peringatan untuk diri eija juga. Kita ni manusia yang tidak dapat lari dari kelalaian. Semoga kita akan jadi saudara yang saling ingat mengingati dan tidak membiarkan saudara kita kealpaan. 

Sebagai hambanya eija turut terkesan, apakah diri ni sudah benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai hambanya? Apakah perkara yang aku lakukan sudah berada dilandasan yang betul? Apakah aku masih alpa? Dan apakah aku sedar bahawa apa jua yang berlaku dalam hidup ini hanya 1. Baik atau buruk yang berlaku kita perlu sentiasa kembali kepadanya.

Eija mengharapkan semoga Allah S.W.T akan sentiasa bersama membantu kita dan wabak ini akan segera terhapus dengan berkat kesabaran, bersatunya hati kita serta doa kita yang tidak putus-putus mengharapkan pertolongan darinya. 

Insyallah semoga kita sentiasa dilindungi dan mereka yang dijangkiti akan segera diberi kesembuhan. 

AMINNN...

* Note
Doa yang tiada hijab ialah meminta dari yang ESA...

Thursday, 1 October 2020

Bagaimana mahu hati selalu tenang

 


Kehidupan adalah tempoh pembelajaran. Ada manusia hidupnya serba kekurangan. Tidak mampu belajar, tidak mampu bekerja, dan hidup penuh kedaifan. Tetapi tidak kurang juga yang mampu  berjaya dari serba serbi. Sama ada dari segi pendidikan, pekerjaan, peniagaan dan lain-lain lagi. 

Tapi kenapa ye hati masih tak tenang?

Ketenangan hidup manusia bukan diukur dengan kekurangan mahupun kejayaan seseorang individu. Tapi hati kita akan tenang jika kita...

Menjaga hati sesama manusia

Menjaga hubungan yang baik dengan kawan-kawan, jiran tertangga dan juga masyarakat.  Tidak kira tua mahupun muda. Bercakap dan mengeluarkan kata-kata yang baik agar tidak tersinggung perasaannya sekalipun dengan niat untuk bergurau. Saling bantu membantu serta mengucapkan terima kasih.

Menjaga hubungan dengan ahli keluarga

Elakkan pergaduhan juga pertelingkahan. Sentiasa menziarahi ahli keluarga. Cuba membantu ahli keluarga yang di dalam kesusahan. Jauhkan diri dari perasaan cemburu mahupun pilih kasih. Sentiasa berkasih sayang dan sentiasa menghormati setiap ahli keluarga.

Menjaga hubungan dengan Pencipta

Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dengan menjaga solat 5 waktu. Memohon keampunan dan diberikan ketenangan jiwa. Belajar untuk istiqamah dan terus memperbaiki diri ke arah kebaikan. Sentiasa beristigfar, berzikir dan membaca Al-Quran serta menjalankan kewajiban sebagai seorang Islam yang sepatutnya.

Memaafkan

Hidup ini tiada yang lebih tenang apabila selalu memaafkan. Tidak kira siapa yang betul, siapa yang salah. Kerana Islam mengajar kita untuk menjadi seorang muslim yang baik. Jiwa kita akan tenang apabila hati kita bersih dari rasa dendam atau membenci. Malah memaafkan adalah ciri-ciri muslim yang beriman.


Apabila keempat-empat ini kita telah praktikkan إن شاء الله kita pasti akan beroleh ketenangan jiwa.

* Note

"Tiada yang lebih tenang dari hati yang bersih..."



 



 

Saturday, 26 September 2020

Struggle tak jadi surirumah?


Struggle???  Nak kata struggle sangat tu tak lah. Tapi alhamdulillah setakat ni i still survive. Ye.. bukan senang nak melepaskan sesuatu perkara yang kita dah biasa buat bertahun-tahun lamanya. Memang plan pada mulanya after kahwin and decide nak pindah balik melaka eija akan cari kerja baru. Tapi entahlah tiba-tiba hati ni berat je nak kerja. Bukan lah tak nak bantu suami & husband pon agak berat apabila eija bagitau eija nak jadi surirumah.


Yela...first dari segi ekonomi means suami takkan dapat bagi macam mana gaji or income yang eija pernah dapat dulu. Sebagai contoh, eija nak beli apa-apa means eija kene mintak suami itupon kalau suami ada budget. Berbanding dahulu apa kita nak beli kita beli je... Yelah duit sendiri.


And, second eija tak bosan ke duduk rumah sorang2 lagi eija belum dikurniakan zuriat. Then tak boleh keluar or jumpa kawan- kawan macam selalu. Bukan la maksud nak enjoy tapi it's about environment bekerja.


Contohnya seperti sekarang time husband kerja eija sorang-sorang dekat rumah only ditemani anak2 bulus eija jela (kucing2 peliharaan eija). Kalau betul-betul nak keluar maybe hari minggu je time husband off day. Mean life eija lebih banyak sendiri. So, tak bosan ke?? tak stresss?? Tu husband eija risau.


So, untuk pengetahuan readers bile kita change life 100%, honestly banyak perkara kita perlu build semula. Tipulah kalau kata tak struggle. Daripada 2 orang yang berkerja kepada seorang sahaja. 


Tapi eija percaya rezeki ada dimana-mana and bergantung bagaimana cara kita nak dapat dan cara kita nak urus. Pernah tak dengar orang mengeluh "aku ni laki bini berkerja tapi banyak benda je yang tak cukup-cukup"...


Eija tak salahkan mereka yang berkerja. Tak semua macam tu. Ini sebenarnya dari pengalaman diri eija sendiri. Kalau readers ada baca tentang diri penulis, eija ada kongsikan yang sebelum eija decide nak pindah ke melaka yang eija masih bekerja di kuala lumpur hampir setahun lebih after married.


So, dari pengalaman itulah ingin eija kongsikan pada mereka yang ambil keputusan untuk berhenti kerja & menjadi suri rumah sepenuh masa jangan rasa rendah diri or stress. Sebab perkara-pekara macam tu ada dimana-mana. Bekerja or duduk rumah pun ada stress masing-masing. 


Everything pada diri kita sendiri. Macam mana kita nak lalui dan uruskannya. Ada masa ok ada masa down it's part of circle life. Semua tu normal and berbalik pada diri kita sendiri. 


Jadi, di sini eija nak share tips how eija boleh lalui life sebagai surirumah dari segi faktor kewangan, social life & emosi.


Kewangan

Dari segi kewangan kita masih boleh bekerja dari rumah. Tak semestinya perlu ke pejabat atau keluar bekerja. Sebagai contoh kita boleh memilih untuk bekerja dari rumah seperti influencer macam youtuber ke, blogger ke or buat business online seperti yang eija buat sekarang. 


Buat masa  ni, eija buat bisnes kecil-kecilan jual tauhu bergedil dengan anak sedara eija. Maybe incomenya tak sebanyak mana tapi alhamdulillah eija mampu beli produk skincare or pakaian sendiri tanpa perlu meminta duit suami.


Ye tahu, memang makan pakai suami perlu sediakan. Tapi bila kita dah memilih jadi surirumah janganlah letak 100% pada bahu suami. Dalam rumahtangga perlu ada tolak ansur and saling membantu. Dahlah duit rumah, duit kereta, barang dapur & keperluan rumah yang lain suami yang bayar. Jadi, apa salahnya jika kita nak beli barang kehendak sendiri, kita cuba usaha dan beli sendiri. Tak salah pun. Kecualilah memang suami kita kaya atau terlebih mampu. 


Dan lagi satu, janganlah diri tu dah tak bekerja tapi demand kehendaknya macam orang bekerja juga. Bagi mereka yang ado-ado or sederhana macam eija ni kita perlulah belajar bertolak ansur dan bersederhana. Insyaallah pasti cukup.


Social Life

Bukan tak penting cuma bahasa yang kita senang paham. Tak matilah kalau tak bersosial. Maksudnya bukan kemestian dan ada juga batasnya. Bila jadi surirumah, nak bersosial tu memang agak terbatas. Yelah kadang-kadang nak berjumpa maybe ada rakan or family yang busy dengan urusan masing-masing. 


Untuk part ni seharusnya tidak timbul persoalan anti-social. Dan kalau ada kawan-kawan yang tak boleh nak jumpa atau keluar bersama kita perlu sentiasa bersikap terbuka dan positif. Sometimes manusia ni perlukan own space untuk create their own planning. 


Lagipun sekarang zaman IT. Apa nak risau whatsapp, video call semua ada. Cuma tak bersua muka je tapi masih boleh bersosial di alam maya kan...waaahh gitu..hihihi 😂. Dan eija nak nasihatkan jugak jangan terlalu risau atau memikirkan pandangan orang. Tiada orang yang boleh mencorakkan hidup melainkan diri kita sendiri. Selagi kita tak buat salah atau dosa biaq pi apa orang nak kata. 


Banyak je perkara bermanfaat yang boleh kita lakukan di rumah sebenarnya. Antaranya kita boleh belajar bercucuk tanam sama ada tanam pokok bunga atau sayur-sayuran, membuat kerja-kerja seni seperti melukis atau mencipta sesuatu, membaca menambahkan ilmu seperti menelaah buku-buku agama atau buku-buku ilmiah, belajar menulis seperti mengarang puisi atau menulis blog pun membantu. Dan 2  perkara terakhir inilah hobi baru yang eija sedang lakukan. Memang sangat bagus guysss.


Emosi

Yang terakhir ni sangat berkait rapat dengan tekanan. Sama ada kita boleh melalui 2 faktor di atas atau tidak. Rasanya semua orang melaluinya. Tapi bagi eija, bagaimana susah hidup kita lalui sama ada pada faktor kewangan mahupun sosial kehidupan hakikatnya kita pasti berbalik pada sang pencipta.


Kerana apa??? Kerana eija juga merasainya, di mana setiap kesusahan mahupun tekanan tiada cara yang lebih baik apabila kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Cuba jangan tinggal solat dan cari masa membaca Kalam Allah S.W.T. Sebagai tambahan cari masa mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi. Dan jika berpeluang hadir ke kuliah agama di surau atau masjid. Hadirlah...


Tiada kerugian mahupun bebanan menjadi suri rumah ni. Nak bekerja, nak cari duit lebih tidak semestinya keluar bekerja di luar. Sekarang zaman moden. Macam-macam cara kita boleh lakukan. Kita dapat mengurus rumahtangga lebih baik malah masih dapat menjana pendapat sekalipun duduk di rumah. 


Insyaallah sesusah mana pun hidup, kita pasti boleh lalui. Jika diberi ujian, kerana dia ingin mengajar kita menjadi lebih baik. Hidup kita, kita juga yang corakkan. So, jangan stress enjoy our life & sentiasa bersyukur.


*Note

"Hidup mana yang tiada dugaan..."





 




Lirik | Aku Bidadari Syurgamu ( Dato' Sri Siti Nurhaliza )

Takdir kita telah bersatu

Kerna keangkuhan ku pinggir kasihmu

Kini baru ku sedari

Abadinya cinta

Hingga akhir nafasku


Walau kau ku sayangi

Ku turut kata kau yang terluka

Maafku tak sempurna

Kiranya dikau tak bahagia


Tuhan jiwa aku merawan

Perasaan saatku kehilangan

Ohhh...biarlah aku

Pendam tangis dihati


Seandainya aku yang pergi dulu

Sampai mati ku kan mencintai kamu

Kerna akulah bidadari syurgamu


 Ost 7 Hari Mencintaimu 2

Komposer : Ippo Hafiz

Penulis Lirik : Siti Rosmizah

 











Thursday, 24 September 2020

Rindunyer nak menaip!!!

 Mmm...rasanya dah lama eija tak update topik blog baru kan. Siapa yang dah baca or follow blog eija maybe perasan la. Bukan dah malas nak menulis story tapi sebenarnya laptop eija dah rosak & paling menyedihkan dah say bye bye dah...huhuhu. 


Nak baiki boleh tapi kalau dikira-kira kosnya almost RM 800 lebih & kalau ditambah sedikit dah bole beli laptop secondhand dah. Brother yang check laptop tu pon suggest beli secondhand or baru je. Coz the main problem will happen again. 

So memang tak berbaloi sebab costing untuk problem laptop eija ni memang high sangat. Memang rasa nak nangis je....aaahhh...😖...Tapi bila pikir balik nak buat macam mana ada lah sebab benda tu jadi..dugaan eija la tu.

Dah...dah...eija don't give up ada lagi cara lain. Insyaallah ada rezeki eija nanti untuk dapatkan laptop baru...sabar k..(cuba motivate diri sendiri). Ini baru sedikit ujian banyak lagi ujian yang kita nak tempuh daripada ini.

So, masa eija update story ni pun eija guna handphone je. Memang lah agak leceh and susah sikit nak update menggunakan telefon ni.  Tapi nak buat macam ini sahaja pilihan yang eija ada. 

Yelah mesti sunyi blog eija untuk bulan september ni. Dah la bulan kelahiran eija pulak tu. Oklah, past is past maybe tak ada rezeki nak update banyak topik bulan ni. 

Apapun now time to hunting the laptop. Tapi usha je. No planning to buy the laptop for 2 or 3 month ni. Sebab banyak komitmen yang eija perlu dulukan. Memang la ade je yang murah or secondhand tapi eija nak simpan duit untuk beli laptop yang ok sedikit. 

Just now, apa yang eija planning??? Eija planning nak cari tab je dulu. Husband eija pun suggest benda yang sama. Bila pikir balik okay jugak tu. Setahu eija, tab ni boleh dikategorikan sebagai mini laptop jugak. Yelah kita boleh add keyboard & wireless mouse so mudahlah sikit kita nak menaip like laptop gitu...

Size dia pon besar sedikit dari handphone and harga pon boleh runding la..hihihi..So bila big boss dah bagi green light, apa lagi terus eija usha cari model tab yang ok sedikit. Usha dulu bukan nak beli sekarang. Almaklumlah dah tengah bulan kan. Faham-faham jela... Insyallah awal bulan nanti ye..hihihihi 😁

Bermulalah pencarian mencari tab...hihi. Oklah guys, eija stop sini dulu ye. Nanti kalau ada story baru eija share k. 


*Note


" Jangan mudah patah semangat...".

Saturday, 22 August 2020

Kolestrol???

Pernah dengar tak atau tak berapa nak ambil tahu??? Yang mana satu?... Sejujurnya itu yang eija rasa sehinggalah husband sendiri dikesan mempunyai kolestrol tinggi baru-baru ini. Kalau tak, tak pernah kisah pun. Selalu yang eija risau adalah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pernah dengar tak atau tak berapa nak ambil tahu??? Yang mana satu?... Sejujurnya itu yang eija rasa sehinggalah husband sendiri dikesan mempunyai kolestrol tinggi baru-baru ini. Kalau tak, tak pernah kisah pun. Selalu yang eija risau adalah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Macam mana boleh tahu ada kolestrol dan boleh tercheck darah ni?. Puncanya adalah lately husband eija kerap terkena serangan asthma secara mengejut then pam asthma yang biasa dia gunakan macam tak jalan kurangkan asthma dia. Yang merisaukan eija if husband akan kena mengejut time kerja. Asthma mengejut ni agak bahaya jadi eija memanglah sangat-sangat risau.

No choice husband terpaksa ke bahagian emergency hospital untuk ambil gas. Bila doktor di bahagian emergency check asthma husband tak lah teruk sangat. Jadi nak tahu punca sebenar doktor buat surat and minta husband buat check darah. Dalam minggu ni jugak husband buat check darah tu. Terkejut juga eija bila husband mesej and result darah menunjukkan husband ada kolestrol. Dan bacaan kolestrol pun agak tinggi.

Isteri mane yang tak risau kan. Jadi eija google and cari info untuk tahu apa punca kita boleh terkena kolestrol ni serta alternatif lain untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Yang eija tahu doktor pun menyarankan kita jangan hanya bergantung pada ubat dan cari alternatif terbaik dengan menjaga pemakanan.

Yup... memang setuju sangat. Penyakit-penyakit yang wujud sekarang nipun salah satunya berpunca dari permakanan yang tak betul. Kolestrol ni bukan hanya menyerang orang yang meningkat usia. Malah penyakit ini mula menyerang golongan muda.

 Kita tengok jela berapa banyak makanan fast food, berlemak dan berminyak yang ada di Malaysia ini. Yelah..tulah makanan yang mudah, ringkas dan cepat. Lagi-lagi zaman yang busy sekarang ini. Jadi nak mencari dan menyediakan sendiri makanan sihat tu memang lah tak sempat.

Eija tak salahkan peniaga-peniaga diluar sana. Itu punca rezeki mereka. Bukan lah tak boleh makan lansung. Boleh makan tapi makan tu kena lah beringat-ingat. Yang sakit yang merana bukan orang lain pun kita juga kan. 

Eija juga percaya jika kita boleh restart balik dengan pengambilan makanan yang betul insyaallah penyakit-penyakit ni semua akan go away. 

Sebagai kebaikan bersama eija nak share info yang eija perolehi tentang apakah punca dan solution bagi penyakit kolestrol ini. Sama-sama kita membantu tak salah bukan.

Apa itu kolestrol?

Untuk pengetahuan readers kolestrol ini adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh badan untuk brekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolestrol dan boleh didapati melalui sumber makanan. Tubuh kita masih memerlukan kolestrol untuk menghasilkan sel-sel seperti membran, hempedu, sesetengah hormon serta vitamin D.

Tapi perlu diingat kolestrol ni ada 2 jenis, ada kolestrol baik dan ada kolestrol jahat. Ooo...macam tu rupanya. Maksudnya tak semua kolestrol tu baik. Dalam baiknya, ada juga jahatnya..hihihi. Tapi nak tahu jugak apa yang kolestrol baik dan kolestrol jahat ni buat.

Kolestrol Baik (high density lipoprotein atau HDL)

Kolestrol baik ni berperanan membawa kolestrol di dalam darah kembali ke hati. Kemudian kolestrol ini akan diproses dan dikeluarkan dari tubuh.

Kolestrol Jahat (low density lipoprotein atau LDL)

Manakala kolestrol jahat ni pula sejenis kolestrol yang akan mengenap pada saluran darah, menyumbat arteri-arteri dan seterusnya meningkatkan risiko serangan penyakit jantung dan strok. Eee...jahatkan...Jadi, kita perlu ambil tahu pasal kolestrol ni dan jangan ambil mudah sahaja.

Tapi kadar kolestrol boleh berubah jika kita mula merubah gaya hidup serta cara permakanan dengan cara :

  • Menghadkan pengambilan lemak tepu yang ada pada mentega, cheese, susu penuh krim, mayonis, lemak daging dan sebagainya.

               

  • Mengelakkan makanan lemak trans seperti majerin dan snek-snek. Memang sedaplah makan tapi sangat memudaratkan kita.


  • Mula meningkatkan pengambilan serat larut. Serat larut ini dikatakan mampu menyerap kolestrol di dalam darah yang boleh didapati pada oat, kekacang, epal dan buah pear.

               

  • Start tukar gaya hidup lebih sihat dengan bersenam. Seperti aktiviti berjalan kaki, berjoging serta berbasikal yang sangat bagus untuk kesihatan jantung. Tidak perlu lama cuba ambil masa 30 minit je untuk bersenam 5 kali seminggu.


  • Berhenti merokok dan bagi non muslim kurangkan pengambilan alkohol. Tapi setahu eija berhenti merokok secara mengejut juga agak bahaya. Ini kerana kita boleh terkena serangan jantung tiba-tiba. Jadi kurangkan merokok dan berhenti secara perlahan-perlahan. Dan yang penting minta dahulu saranan doktor bagi perokok tegar ini.

  • Bagi mereka yang sudah ada tanda kolestrol ini dengan melakukan ujian kolestrol secara rutin. Dengan cara ini kita dapat menstabilkan kadar kolestrol dalam badan jika terdapat tanda-tanda peningkat.

Jadi, eija harap bukan hanya untuk husband eija je kembali sihat tetapi buat diri eija sendiri dan readers di luar sana sentiasalah mengamalkan gaya hidup serta merubah cara permakanan kepada yang lebih sihat. Tiada siapa yang tahu tahap kesihatan kita melainkan diri sendiri yang merasa perubahannya.

* Note
" Mencegah lebih baik dari merawat "




Friday, 21 August 2020

Ayah Ibu Harta Dunia Akhirat

 Hari ini eija pergi temankan mak ambil darah dekat hospital. Sepatutnya next month regular check up. Tapi tak tahulah miss up apa hospital baru perasan yang mak eija dah setahun lebih tak buat check up darah. So, macam manapun kene bawa hari ni jugalah. 

Selalu kakak eija yang bawa sebab waktu check up dia selalu sama dengan mak. Tapi dah nurse suruh datang jugak sebab dah lama sangat tak check jadi eija temankan lah. Lagipun hari jumaat memang eija tak berniaga so memang free.

Ambil darah tu tak lama pun kejap je. Lepas ambil darah nurse suruh ambil air kencing. Lepas semua sample nurse dah ambil nurse suruh kita orang balik. Masa bawa mak jumpa nurse tu eijalah yang teman and ada masa eija pimpin lengan mak.

Masa pimpin tulah tetiba eija rasa sayu hati. Ya Allah dah tua sangat mak aku. Masa berlalu sangat cepat. Dulu kalau ikut mak beli barang dia memang pantas je buat kerja and tak mudah penat. Kalau berjalan mak yang paling laju eija yang muda ni pun tak terfollow...hihihi...Mak eija ni kecik je orangnya. Berbeza dengan arwah ayah yang tinggi dan tegap. 


Tapi tulah apa  yang eija nak kongsi dekat sini, selagi mak atau ayah kita msih ada hargailah. Baik atau buruk tetap mak ayah kita. Jika ada perkara buruk yang dilakukan doa supaya mereka berubah kearah kebaikan. 

Adatlah kalau bertikam lidah atau berlainan pendapat. Lagi-lagi anak perempuan. Tapi dia tetap mak yang melahirkan kita. Kita tak tahu berapa lama dia akan bersama kita. Bila bergaduh atau marah pasti macam-macam kat otak tu kita fikir. Tapi ingatlah tiada mereka, tiadalah kita.

Kalau yang dah lama tak sefahaman cubalah rendahkan ego berjumpa dan minta maaf. Yang dah lama tak berhubung call lah selagi kita masih boleh dengar suara mereka. Yanag lama tak balik tu jenguklah. Peluklah mak kita selagi kita boleh dengar nafas mereka.  

Eija cakap macam ni sebab eija taknak one day kita rasa menyesal dan terkilan sebab tak sempat berbuat apa-apa. 

Salah satu contoh lihat la pada gambar viral di bawah....
               



Dari gambar di bawah jelas kasihnya seorang anak tak dapat diluahkan. Mahu ibunya sentiasa ada pada hari bahagia. Semoga kita boleh menjadi anak yang baik buat mak ayah kita. 

*Note
"Ingat lah sekaya manapun hidup kita. Harta yang tiada nilai ialah orang tua. Membahagiakan orang tua bukan sahaja saham dunia malah saham akhirat buat kita semua".


Thursday, 20 August 2020

Salam Maal Hijrah 1442H/2020


"Satu Muharram detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah...."

 Biasa bukan dengan lagu ni?. Lagu yang menandakan tahun baru bagi umat Islam serta menandakan peristiwa penting dalam Sejarah Islam. Peristiwa yang jatuhnya pada 1 Muharram, yang mana perpindahan Nabi S.A.W dari Mekah ke Madinah itu telah menjadi permulaan di dalam kalendar Hijrah.

Di Malaysia sendiri kita sambut setiap tahun cuma tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini kerana kita masih berperang dengan Covid-19 dan sudah tentu kita masih perlu mematuhi SOP serta bilangan juga dihadkan. 

" Ummah Rabbani Negara Harmoni " telah menjadi tema Maal Hijrah peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Seperti biasa beberapa tokoh Islam akan dipilih dan salah seorang tokoh Islam pilihan tahun ini adalah Tan Sri Dr Noor Hisham. Eija pun sangat bersetuju dengan pemilihan beliau dengan melihatkan kewibawaan, sumbangan serta contoh terbaik yang ditunjukkan. Lebih-lebih ketika negara kita berperang dengan wabak Covid-19 ini.

Pada pendapat eija, Hijrah bukan hanya membawa maksud perpindahan tetapi hijrah mengajak kita untuk sentiasa memperbaiki, bersatu hati, membantu serta kuat untuk Agama Islam. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk negara serta umat Islam keseluruhannya.

Jadi sama-sama kita jadikan Maal Hijrah permulaan baru hidup kita untuk menjadi lebih baik, bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri.

Salam Maal Hijrah pada seluruh umat Islam.





Wednesday, 19 August 2020

My Snap

 Nak kata pro tu tak adalah. Cuma eija memang so passionate bila orang ambil gambar yang menarik dengan moment yang cantik. So eija pun try la tapi eija tak adalah ambil guna kamera prfesional. Eija ambil guna camera handphone je. Berangan ambil gambar profesional gitu...
  
Hahaha takdelah...gambar-gambar ni semua hanya gambar koleksi peribadi eija sahaja... 

     Click below link for more picture...

         
















Tuesday, 18 August 2020

Teamon - Treatment Set

 Akhirnya sampai jugak... Semalam order hari ni dah sampai dah. So pantas....Ok, baru-baru ini eija ada terjumpa satu produk ni. Baca punya baca, eh menarik pulak produk ni. Produk yang eija maksudkan ni haa...


."Teamon". 


Sempoi je kan nama produk ni. Tapi bukan nama produk je yang eija nak share tapi eija nak share apa yang menariknya tentang produk ni. Daripada testimoni yang eija baca rata-rata memberi feedback positif. Dan akhirnya eija menjadi salah seorang pembelinya lah.

Apa yang eija tahu produk ni berasaskan bahan semulajadi seperti temun dan oat. Teamon ada mengeluarkan beberapa produk iaitu Teamon Treatment Set, Teamon Scar Set dan Teamon Brightening Set. Produk ini dihasilkan untuk mengatasi masalah parut di wajah. 

Eija memang ada masalah parut jerawat. Jadi sebagai permulaan eija mencuba Teamon Treatment  Set dahulu then baru eija cuba setnya yang lain. Produk Teamon ini juga dikatakan merawat wajah dan kemudiannya memulihkannya.


Ni eija setuju kerana apa?. Sebabnya tidak semua produk sesuai dengan kulit muka kita dan peggunaan produk kulit yang tidak betul pun boleh menyebabkan masalah kulit kita menjadi teruk. That why eija mengikut saranan founder Teamon ini untuk rawat masalah kulit muka dahulu then kalau ok dan sesuai baru kita ke next step. 

Haa...ini baru betul jangan pakai bedal je. Dulu memang kulit muka eija dalam kategori berminyak dan berjerawat yang sangat teruk. Tapi sekarang kulit makin ok selepas menjaga permakanan serta menggunakan produk yang betul. Jerawat tumbuh seketul dua tu normal la. Lagi-lagi bila hormon tak menentu and time period. So, yang tinggal sekarang parut jerawat lama jelah.

Ok, dekat sini eija akan share apa yang ada dalam Teamon Treatment Set yang eija beli. Siapa yang sesuai menggunakannya serta fungsi treatment set ini.

Teamon Treatment Set didatangkan dengan 4 jenis barang iaitu :-
  • Green Tea Facemist
  • Cucumber Hydration Serum
  • Vitamin C Serum
  • Teamon Oat Bar Soap

Set treatment ni sesuai bagi mereka yang ingin mengatasi masalah :-
  • Breakout
  • White head
  • Jerawat
  • Sunburn

Dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Dari kulit normal, sensitif dan berjerawat. Malah jangan risau ianya selamat digunakan oleh ibu mengandung dan yang menyusu anak. Kerana bahan-bahan yang terdapat di dalamnya tiada chemical yang memudaratkan. Juga berkesan bagi mereka yang mengalami kulit kering, kulit berminyak dan berparut.

Green Tea Facemist



Berfungsi membersihkan pori-pori yang tersumbat oleh minyak dan habuk yang menjadi punca jerawat. 


Cucumber Hydration Serum



Melembab serta menyeimbangkan pH kulit serta membantu masalah kulit kusam.


Vitamin C Serum



Mencerahkan kulit, merawat sunburn dan parut di wajah.

Teamon Oat Bar Soap



Sabun pencuci muka yang berasaskan oat juga dihasilkan untuk mengatasi masalah jerawat. Malah ianya tidak mengering atau menegangkan kulit wajah. 


Untungkan dalam 1 set ada 4 barang. Harga pun sangat berpatutan. Masa eija beli ada sale lagi harganya baru RM 76.00. Dengan packaging dan botol serum kaca seperti produk antarabangsa dan mahal memang sangat-sangat berbaloi lah. Lagi-lagi bila produk Teamon ni semakin mendapat tempat dihati pengguna-pengguna di luar sana kerana keberkesanannya.

Eija pun baru seminggu mengunakannya so lagi 3 minggu eija akan update testimoninya..Tunggu ye readers...hihihi. Eija pun tak sabar nak tengok resultnya. Hope berkesanlah...


Kalau ada sesiapa berminat and try nak usha-usha produk Teamon ini boleh terus pergi ke link dibawah...Semua produk Teamon ada disitu...













Friday, 14 August 2020

Setup Productive Everyday


Setiap hari ada sahaja perkara busy yang kita nak lakukan. Cuma busy tu berbeza-beza. Ada orang busy macam ni, ada orang busy macam tu. Dan cara kita uruskannya pun tak sama. Kadang-kadang bila dah terlalu busy boleh jadi kelam kabut. Betul tak? Mesti rasa tak best je kan.

So, eija ada beberapa tips and why not eija share kan?. Tips ni dah lama juga eija amalkan so far alhamdulillah. Tak stress yang penting lebih produktif. Betul lah orang kata...busy macam mana pun kalau kita pandai urus dengan betul insyaallah pasti success life kita. Ada 3 perkara je yang eija cadangkan, tak perlu banyak.

  • Bangun Awal Pagi



Bagi orang Islam bangun pagi rasanya pasti sudah menjadi kebiasaan. Kecuali wanita yang uzurlah. Tapi walaupun di dalam keuzuran dan tak boleh solat subuh itu tidak bermakna kita mesti bangun lewat. Melainkan kita mengalami sengugut tu kira excuse la so bolehlah berehat...hihihi. Waktu paling bagus kita bangun antara jam 6 ke 7 pagi tu dah kira cantiklah.

Jadi kalau sape-sape yang takde masalah tu selepas solat subuh tu janganlah tidur balik. Sebab takut terlajak pulak. Banyak manfaat bangun awal pagi ni, antaranya kita dapat mengurus kerja lebih awal dan masa yang kita ada lebih banyak. So takdelah kita nak terkejar-kejar sana sini sebab tak cukup masa.

Selain itu bangun awal pagi mengalakkan sel otak kita lebih cergas. Sebab waktu pagi adalah aliran darah paling bagus. Kita akan lebih rilek dan degupan jantung akan lebih stabil. Jadi tindakan yang kita lakukan akan lebih positif, teratur dan kurang tekanan. 

Bukan hanya kerana ianya amalan Sunnah Rasulullah S.A.W malah ada kajian di luar negara membuktikan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan kerana salah satunya mereka sentiasa bangun awal pagi. Jadi bukan bagus untuk student sahaja, sesiapa sahaja yang berkerja atau duduk di rumah pun digalakkkan.

Eija pun dah cuba and alhamdulillah memang banyak betul perbezaannya. So, from now on waking up early in the morning is the beginning your day.


  • To-do List



To-do list??? Apa tu?.Haaa...kalau readers nak tahu to-do list ni membantu kita melaksanakan tugas dengan lebih tersusun. Macam mana kita nak buat pulak? Caranya buat 1 senarai tapi tak kisahlah kita nak tulis note dalam buku kecil ke macam buku jurnal tu ke, note sahaja dalam telefon atau laptop. Terpulang ikut keselesaan masing-masing.

Tapi kita senaraikan mana yang lebih piority kepada kurang penting kita perlu buat on that day. Apabila kita dah buat senarai macam ni takde la kita terlupa atau tertinggal mana-mana kerja kita nak buat. Jangan lupa letak target masa. Bukan apa jika kita tak letak masa takut kita terambil lebih masa dan ganggu kerja yang lain pulak.

Bila dah settle kerja tu kita tick means kerja tersebut dah selamat kita buat. Pada surirumah macam eija nipun boleh buat. Nampak macam tak perlu tapi sebenarnya sangat-sangat berguna. To-do list ni membantu kita menjadi seorang yang lebih berdisplin dengan kerja sebenarnya. 


  • Permakanan



Nampak macam tiada kaitan kan. Tapi sebenarnya sangat penting kita menjaga permakanan. Jika kita jaga permakanan, ambil pada waktu yang betul serta sentiasa mengambil makanan yang sihat sudah pasti kita lebih sihat. Jadi, sesibuk dan sebanyak mana pun kerja yang ada, kita dapat melakukan dengan baik serta efisen.

Apabila badan kita sihat ianya memberi impak besar pada otak untuk bekerja dengan lebih baik, tidak lesu, tidak stress dan lebih fokus. Cuba bayangkan kalau badan kita tidak sihat, sudah pasti otak kita juga tidak sihat. Itu pasti menganggu mood harian kita. Badan kita akan sakit-sakit, tidak bermaya, kurang tenaga dan minda kita akan mula stress.

Cuba kurangkan makanan yang berlemak dan bersantan. Pernah tak makan makanan bersantan lepas tu cepat je mengantuknya. Bukan tak boleh makan tapi kurangkan. Mulai sekarang lebihkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A, B,C, E serta protein. Seperti yang terdapat dalam oat, pisang, ikan, susu dan kurma. 

Tak salah bukan? Bukan sahaja kita lebih bertenaga malah kesihatan kita turut terjaga dari sebarang penyakit yang ada macam-macam sekarang ini. Seperti penyakit kencing manis, darah tinggi serta jantung.

Insyallah tiada yang rugi pun jika kita mengamalkan 3 tip di atas. Malah kita menjadi manusia yang menghargai masa, produktif serta sihat. Jangan lupa amalkan ye...👩





Latest from my instagram @ eijalyeza