Me & Si Bulus...

Wednesday, 28 October 2020

 Lain benor je topik blog kali ni...hihihi. Tapi jangan risau, insyaallah tak ada yang pelik pun. Sebenarnya Si Bulus yang eija nak maksudkan kat sini ialah kucing-kucing peliharaan eija. 


Eija dari kecik memang sukakan binatang especially kucing. Maybe ikut perangai arwah ayah kot. Arwah ayah eija memang penyayang and sukakan kucing. Biasanya kucing yang kitaorang bela adalah kucing orang buang dan berkeliaran dekat rumah. Kadang-kadang anak-anak kucing yang dibuang tanpa ibu. Kira masih menyusu ibu so kesian sangat. 


Family eija pun memang sukakan kucing so takde masalahlah nak membelanya. Tapi tak semua kucing-kucing yang datang rumah kitaorang tu terus kitaorang bela. Biasanya family eija akan bagi makan dulu. Kalau ada yang cedera tu kitaorang letakkan ubat mana-mana tempat yang luka tu. Then kitaorang letakkan kain then diorang tidurlah dekat luar bangsal dapur rumah.


 Kalau yang dah dewasa tu kebanyakan merayau tempat lain. Balik rumah pun sekadar makan. Yang terus duduk rumah tu biasa anak-anak kucing la. Yelah bukan kucing ni tahu merayau cari makan or cari susu sendiri.


So dari kecil tu kitaorang bela sampai ke besar dan beranak pinak la. Tapi tak pernah kekal selalu silih berganti. Ada yang keluar tak balik-balik dan ada yang kena langgar kereta atau motor. Sebab rumah family eija dekat dengan tepi jalan raya besar. Memang tak boleh nak kawal. Kitaorang memang tak letak dalam sangkar. So kucing-kucing tu semua bebas nak keluar masuk. 


Then lepas eija dah sambung belajar, menetap dan bekerja di KL memang takde bela kucing la. Lagipun duduk menyewa rumah flat susah. Kadang- kadang ada housemate yang alah atau takut dengan kucing. 


Kadang-kadang tengah makan dekat gerai datang seekor dua kucing jalanan minta makanan. Kalau masih ada lebihan makanan eija hulur sikit pada si bulus-bulus ni. Bila tengok rasa kesian sangat. Itu jugak la tempat eija lepaskan rindu pada kucing-kucing dekat kampung. 


Kemudian lepas eija kahwin dan balik ke Melaka eija duduk sementara rumah mak. Sementara nak cari rumah sewa. Masa duduk rumah mak, eija tak berkerja dah so kucing-kucing ni memang eija lah yang bela dan jaga. 


Dari bagi makan and bersihkan pupu dia. Kalau sakit eija bawak pergi klinik. Tu eija anggap eija ni dah mummy Bulus dah...hihihi. Mana tak nya kalau sakit ke, bergaduh ke, tak balik ke eija lah paling risau. Macam mak dengan anak.


Kadang-kadang bila sembahyang ramai betul makmum eija...hihihi. Mana yang rapat tu memang akan duduk tepi sejadah teman eija sembahyang. Dan ada sekor dua tu memang tidur sekali dengan eija. Nasib baik dapat husband yang faham dan sukakan kucing. Kadang-kadang husband eija yang panggil or ambik diorang (bahasa untuk kucing bukan orang ye..hihihi..)ni letak tidur tepi katil.


Tapi tak salah kan, kucing-kucing nipun makhluk Allah yang perlu kita jaga elok-elok. Yelah eija pun tak ada anak lagi. Sekurang-kurangnya tak adalah bosan sangat. Kucing nikan cute, manja dan lucu so bila bermain dengan diaorang ni hati rasa tenang and happy je. 


Macam budak keciklah eija kerjakan. Kena peluk, kena cium and eija suka kacau time diorang tido. Hihihi...rasa geram je. Lagi-lagi bila kucing-kucing ni buat muka comel dia mmm...lagilah eija geram..


Kalau tak silap eija kucing jugak binatang kesayangan Nabi S.A.W. Jadi buat baik ni bukan sesama manusia tapi juga pada semua makhluk yang Allah S.W.T cipta. So sape-sape kata pelihara kucing ni buang masa, buang duit atau tak mendatangkan manfaat please lah open mind tu sikit. 


Setiap makhluk yang Allah S.W.T cipta semuanya bersebab. Tidak kira binatang, pokok-pokok, benda yang kita nampak ataupun tidak. Kalau kita menghina atau memudaratkan mereka ni seolah-olah kita menghina pencipta kita.


 Cuma bezanya manusia Allah S.W.T berikan akal, jadi gunakanlah akal yang diberikan sebaik-baiknya. Memelihara kucing ni bukan sahaja mendatangkan pahala malah membantu dari segi terapi diri seperti kemurungan, tekanan emosi dan juga stress.


Honestly, eija dapat rasa keberkatan memelihara makhluk Allah S.W.T ni. Walaupun hanya husband eija yang bekerja sepenuh masa dan eija sekadar membuat bisnes kecil-kecilan. Pendapatan kitaorang tidaklah sebesar dulu tapi alhamdulillah rezeki tu tak pernah putus dan takde sampai tak cukup duit. Kadang-kadang datang rezeki yang tak dijangka.


Allahhuakbar...bertapa besar nikmat Allah S.W.T bagi ni. Kita dapat pahala dan dapat belajar erti bersyukur. Eija bersyukur Tuhan jadikan eija seorang manusia yang sayang kepada makhluk-makhluknya seperti kucing ni.


Tapi tulah hidup ini tidak dapat lari dengan dugaan dan ujian. Memang betul menguji kerohanian eija. Tragedi tu masih terbayang diminda. Kalau teringat pasti eija akan mengalirkan air mata.


Tragedi ini berlaku 2 tahun lepas dan rasanya 2 bulan sebelum eija berpindah ke rumah sewa. Sesuatu yang eija takkan lupa dan masih terasa sakitnya sampai sekarang. Dari ibu kucing tu beranak eija sambut, eija jaga dari kecik sampai besar. Bermain bergurau bersama. Semuanya manja dan terlalu rapat dengan eija.


Tapi 5 ekor daripada semua kucing kesayangan eija pergi seekor demi seekor. Bukan mati sakit atau dilanggar tapi seolah diracun. Ada mulut sudah berbuih eija jumpa dipanggal pokok rambutan rumah dengan badan dah keras tak bernyawa. 


Ada yang tadinya elok  tido dan bermain. Bila keluar sekejap tapi bila pulang, mulut dah berbuih, mengelupur menahan sakit. Allahhuakbar sakit yang tidak tertanggung untuk eija hadap seekor demi seekor nazak dan pergi dalam pangkuan eija. 


Mereka pergi sangat pantas sampai eija tak sempat nak dapatkan rawatan untuk kucing-kucing eija ni. Ada tu eija cuba juga bawa ke klinik tapi tak sempat. Allah S.W.T lebih sayangkan mereka. Hanya sekor sahaja yang eija dapat selamatkan iaitu mummy Cantik. Mungkin dia baru terhidu dan tidak sempat makan racun tersebut. 


Tapi kesayangan eija si Gebu tak dapat diselamatkan. Sudahlah beranak kecik dan anak-anak Gebu masih menyusu. Kejam sungguh manusia. Tenanglah Gebu dunia ini terlalu kejam. Hanya disamping penciptamu kau akan tenang.


Memang ada jiran sebelah rumah mak eija yang tak suka kucing-kucing kitaorang. Kalau kucing eija bermain dekat laman kebun dia. Siap baling-baling batu lagi. Eija tak nak tuduh sape-sape walaupun hati rasa dia yang racun kucing eija.


Bagi eija kalau kita tak suka sekalipun tak perlu jadi manusia kejam dan tak berakal. Tapi eija tak mahu tuduh-tuduh. Allah S.W.T tu maha mengetahui. Kalau betul dia yang buat cepat-cepatlah taubat selagi sempat sebab dosa dia bukan pada eija tapi pada makhluk Allah S. W. T tu.


Selepas tragedi tu eija pun dah berpindah dan sekarang dah hampir 2 tahun eija and husband hidup berdikari. Hampir kesemua kucing-kucing di rumah mak, eija bawa dan bela di rumah sewa kami. Cuma tinggalkan comot dan abang becky sahaja. Katanya sunyi pulak kalau semua eija ambil. 


Pada awal eija duduk di rumah sewa sekali lagi eija diduga apabila semua anak-anak kucing yang kecil mati akibat virus kucing. Yang tinggal hanya kucing-kucing dewasa sahaja. 


Cantik pun sudah semakin uzur dan mula diserang sakit tua. Sekarang yang ada eija jaga 2 jantan dan 8 betina. Mummy Cantik, Mimi, Kakak Cantik, Ocobot, Lala, Ning, Kurus, Kiki, si Kembang dan termasuk ahli baru Si Citam. 


Mereka nilah harta, kawan, peneman dan anak-anak kesayangan eija. Dan hanya mereka yang sayang binatang sahaja akan faham perasaan eija.


Ini semua bulus kesayangan eija sekarang. Yang dah tiada biarlah eija simpan sebagai kenangan peribadi yang tak mungkin eija lupakan.

*Note

 " Sebagai manusia kita perlu belajar menyayangi semua makhluk cipta Allah S.W.T "




Post a Comment

Latest from my instagram @ eijalyeza