Bagaimana mahu hati selalu tenang

Thursday, 1 October 2020

 


Kehidupan adalah tempoh pembelajaran. Ada manusia hidupnya serba kekurangan. Tidak mampu belajar, tidak mampu bekerja, dan hidup penuh kedaifan. Tetapi tidak kurang juga yang mampu  berjaya dari serba serbi. Sama ada dari segi pendidikan, pekerjaan, peniagaan dan lain-lain lagi. 

Tapi kenapa ye hati masih tak tenang?

Ketenangan hidup manusia bukan diukur dengan kekurangan mahupun kejayaan seseorang individu. Tapi hati kita akan tenang jika kita...

Menjaga hati sesama manusia

Menjaga hubungan yang baik dengan kawan-kawan, jiran tertangga dan juga masyarakat.  Tidak kira tua mahupun muda. Bercakap dan mengeluarkan kata-kata yang baik agar tidak tersinggung perasaannya sekalipun dengan niat untuk bergurau. Saling bantu membantu serta mengucapkan terima kasih.

Menjaga hubungan dengan ahli keluarga

Elakkan pergaduhan juga pertelingkahan. Sentiasa menziarahi ahli keluarga. Cuba membantu ahli keluarga yang di dalam kesusahan. Jauhkan diri dari perasaan cemburu mahupun pilih kasih. Sentiasa berkasih sayang dan sentiasa menghormati setiap ahli keluarga.

Menjaga hubungan dengan Pencipta

Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah S.W.T dengan menjaga solat 5 waktu. Memohon keampunan dan diberikan ketenangan jiwa. Belajar untuk istiqamah dan terus memperbaiki diri ke arah kebaikan. Sentiasa beristigfar, berzikir dan membaca Al-Quran serta menjalankan kewajiban sebagai seorang Islam yang sepatutnya.

Memaafkan

Hidup ini tiada yang lebih tenang apabila selalu memaafkan. Tidak kira siapa yang betul, siapa yang salah. Kerana Islam mengajar kita untuk menjadi seorang muslim yang baik. Jiwa kita akan tenang apabila hati kita bersih dari rasa dendam atau membenci. Malah memaafkan adalah ciri-ciri muslim yang beriman.


Apabila keempat-empat ini kita telah praktikkan إن شاء الله kita pasti akan beroleh ketenangan jiwa.

* Note

"Tiada yang lebih tenang dari hati yang bersih..."



 



 

Post a Comment

Latest from my instagram @ eijalyeza