Selamat Hari Lahir Mak!

Wednesday, 11 November 2020
Alhamdulillah...

Biarpun sederhana kami adik beradik masih diberi kesempatan untuk sambut besday mak tahun ini. Sekalipun kita semua sibuk dengan wabak yang melanda tapi syukur kami masih dapat berkumpul bersama. 

Seperti tahun sebelumnya eija adik beradik berkumpul dan membuat makan-makan di rumah sahaja. Kami buat Bbq, ada sate, mee bandung, pizza, kek dan menu-menu tambahan lain. Kira penuhlah meja
malam tu.

Kebetulan pulak anniversary abang eija & wifey pon sama tarikh lahir mak...so dia buatla sekali..Kira malam tu ada dua kek la..Actually besday mak hari ni 11/11 tapi disebabkan tarikh tu hari bekerja so kami adik beradik decide buat awal sikit..so majlis ni kami buat 8/11. 

Tapi nasib baik kitaorang buat awal sebab beberapa hari sebelum tu pak mail dah buat pengumuman esoknya 9/11 melaka diistihar PKPB balik. Kalau tak habis plan kitaorang..hihihi.

Majlis ni sederhana je. Malam tu eija jemput adik-adik ipar dan beberapa kenalan rapat family sahaja. Itupun dah cukup meriah. Malam tu hujan pulak, sejuk je seolah-olah merahmati majlis kitaorang malam tu.

Sesungguhnya, tiada yang lebih bernilai apabila melihat mak tersenyum. Betullah... rahmat hidup seorang anak apabila dapat membahagiakan ibu bapa.




" Selamat hari lahir mak, maaf tiada hadiah yang besar tahun ini. Hadiah eija untuk mak adalah doa eija semoga Allah S.W.T panjangkan umur mak, mak diberi kesihatan yang baik dan mak di dalam lindungan Allah S.W.T sentiasa...Aminnnn.."

Ibu bapa ni tak minta dibalas hadiah atau barang mewah-mewah tetapi jika ada itu bonus buat dirinya. Yang dia mahu selagi dia masih bernafas anak-anak, cucu-cucu dan family yang disayang itulah yang dia mahu ada didepan mata.

Jadi, sape-sape yang masih ada ibu ayah hargai selagi mereka ada, bahagiakan mereka selagi boleh. Ambillah sedikit masa untuk ada dengan mereka. Kalau kita boleh menghabiskan masa berjam-jam di media sosial takkan 5 minit untuk mereka pun tak boleh.

Pada mereka yang sudah lama berselisih faham jernihkanlah kembali hubungan itu. Takkan rendah martabat kita jika kita rendahkan ego demi sebuah perhubungan. Malah mereka yang merendah diri ini lebih tinggi darjatnya. Sekeras-keras hati mak ayah pasti ada di dalamnya hati yang lembut.

Manakala pada yang telah tiada jangan putuskan doa kita untuk mereka kerana kitalah penyambung kasih sayang serta amalan mereka didunia.

Hargailah keduanya...




*Note

" Tiada yang lebih berharga buat kita selain seseorang yang dipanggil ayah dan ibu.."

Post a Comment

Latest from my instagram @ eijalyeza