NIQAB

Tuesday, 3 November 2020

Baru-baru ini banyak cerita mengaitkan wanita dengan pemakaian niqab. Apakah ianya hanya sekadar mengikut trend atau perubahan kepada ke arah yang lebih baik.


Dan tak salah juga untuk kita cuba memahaminya serba sedikit. Pada dasarnya niqab bermaksud sejenis kain yang menutupi wajah dan hanya dipamer di bahagian mata sahaja dan kebanyakkannya dipakai oleh wanita-wanita di negara Arab.


Walaupun kita sudah menjangkau era 2020, masih ada lagi salah tanggapan atau memandang dari sudut negatif. Ada yang beranggapan memakai niqab akan berhadapan masalah mendapat pekerjaan la atau boleh kehilangan kerja, kehilangan kawan atau disisihkan masyarakat malah ada juga melabelkan mereka pengganas. 


Sampai begitu sekali tanggapan mereka. Memandang luaran terus dilabel semuanya sama. Semakin kita ke arah era intelektual semakin manusia tidak tahu membeza mana yang baik dengan yang tidak. Seharusnya kita nilai dengan sikap dan sifat seseorang bukan hanya sekadar memandang penampilan.


Manakala pada zaman Rasulullah S.A.W, bagi seseorang lelaki yang mempunyai isteri yang cantik amat digalakkan memakai niqab bagi menggelakkan fitnah kerana ianya hak mutlak suami sahaja.


Jika golongan biasa memakai niqab, itu menjadi sesuatu yang biasa didengar tetapi jika perubahan itu dilakukan oleh celebrity  terkenal sudah pasti ianya memberi banyak impak yang sangat besar.


Sebagai contoh perubahan yang dilakukan oleh celebrity terkenal Neelofa. Allahuakbar, sangat manis dan indah dipandang. Sesungguhnya apabila dia berkehendak memberi hidayah, maka dia akan memberi kepada sesiapa jua yang dia kehendaki.



Dari hari pertama beliau melakukan perubahan banyak komen-komen positif, malah tidak kurang juga komen negatif. Pada pendapat eija, apabila kita dijentik hidayah sudah pasti bukan mudah untuk kita istiqamah dan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.


Walaupun sebelum ini perubahan beliau disifat lebih mengikut peredaran fesyen bukan mengikut syariat yang sebenar. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat untuk terus mencari dan mendekati. Terus belajar dan mencari tujuan sebenar kita sebagai hambanya. Dan sekarang, lihatlah perubahan beliau hari ini.


" Saya korbankan apa yang saya suka iaitu kecantikan " - Neelofa. Bukan semua wanita boleh melakukan seperti beliau. Lebih-lebih lagi beliau yang cukup dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di persada antarabangsa. 


Malah beliau tidak takut di reject dari jenama antarabangsa jika mereka tidak dapat menerima perubahan beliau. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila jenama antarabangsa tersebut bertanya bagaimana mereka boleh disesuaikan dengan penampilan baru lofa. Lihat! Tiada yang lebih berkat apabila kita mendahulukan keberkatan yang esa.


Kita hanya manusia biasa dan sudah pasti kadang-kadang hati masih berbolak balik antara glamour mahupun keinginan duniawi. Lagi-lagi ingin melepaskan sesuatu yang sudah sebati dengan diri. Tiada manusia yang tidak mahu menjadi lebih baik. 


Seharusnya, kita sentiasa membantu dengan memberi komen dan doa-doa yang baik semoga perubahan yang dilakukan dengan penuh istiqamah. Jika tersasar janganlah sewenang-wenang melemparkan komen-komen negatif yang tidak membina.


 Siapa kita nak menilai manusia. Jadikan beliau sebagai contoh and hope one day we also being good muslimah like syariat Islam yang dituntut dan terus memperbaiki diri.


*Note


" Kita perlu sentiasa memperbaiki diri dan tidak malu untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan". 







Post a Comment

Latest from my instagram @ eijalyeza