Ya Allah, Sekarang ni setiap hari ada je kes peningkatan covid-19 di Malaysia. Untuk 24/10/2020 sahaja sudah menjangkau lebih 1000 kes penularan tempatan sehari. Serius agak membimbangkan.
Mungkin angkanya tidak sebesar seperti negara-negara lain tapi bagi negara Malaysia ni, eija anggap tu sudah cukup besar dan benar-benar ditahap yang membimbangkan.
Kes yang paling tinggi setakat ini ialah di negeri Sabah sehingga menjangkau ribuan kes. Dan hampir keseluruhan negeri Sabah berada pada zon merah. Ada rakyat berpendapat dan timbul rasa marah kerana pilihanraya di Sabah baru-baru ini dianggap penyumbang terbesar peningkatan kes di Sabah termasuk di semenanjung.
Bila fikir balik rasa ada betulnya. Kerana rasa tidak sabar ahli politik ingin memegang jawatan di dalam Parlimen sehingga lupa yang kita sedang berperang dengan wabak paling merbahaya abad ini.
Tapi tulah nak menyalahkan 100% pun tidak boleh. Lagipun tiada guna kita terus saling salah menyalahkan satu sama lain. Mungkin ini juga kehendaknya. Jalan terbaik ialah kita bersikap positif dan menjaga SOP seperti disyaratkan.
Dalam memikirkan keadaan sekarang ini teringat kawan-kawan kerja dari Sabah yang punya ahli keluarga di sana pasti kerisauan dihati mereka. Bantu dan lindungilah mereka sentiasa Ya Allah. Pulihkanlah keadaan di sana yang hampir kritikal sekarang ini.
Apakah darurat akan dilancarkan???
Tapi jika itu jalan terbaik eija sangat menyokong kerana yang penting buat masa sekarang sememangnya keselamatan dan kesihatan mereka yang kita perlu risaukan. Janganlah kita risau tak makan atau tiada bantuan yang datang membantu.
Eija rasa negara Malaysia atau rakyat malaysia ni sejenis bermurah hati. Dan insyaallah pasti ada sahaja bantuan yang akan datang dari pelbagai cabang.
Baik kerajaan, bantuan-bantuan kemasyarakatan malah dari bantuan persendirian yang tidak jemu-jemu menghulur bantuan. Rasanya kita perlu menjadi rakyat yang bersyukur kalau nak dibandingkan negara-negara lain diluar sana.
Lagi satu teringat keadaan frontliner kita yang sudah semakin penat. Besar betul bakti mereka. Menjalankan saringan setiap hari dan mungkin sudah berpuluh ribu banyaknya atau ratus ribu. Yang pasti sudah cukup banyak dan amat meletihkan.
Belum lagi dengan kes yang sudah konfirm positif dan semakin bertambah setiap hari. Rasanya mereka sudah cukup berkorban untuk kita selama hampir 10 bulan ini. Terpaksa berjauhan dengan suami, isteri, anak-anak, keluarga serta terpaksa memutuskan apa jua sosial demi memastikan kita pulih.
Ye kita tahu kalau nak kena jangkit juga siapa kita nak menghalang tapi sekurang-kurangnya kita bantulah mereka dengan menjaga SOP dan duduk sahaja di rumah jika tiada urusan penting diluar. Sekurang-kurangnya kadar penularan jangkitan dapat dikurangkan.
Jangan hanya fikir rasa bosan kita je berkurung, tidak bebas. Bagaimana pula mereka yang duduk dibarisan hadapan menghadap kes yang sama setiap hari yang terpaksa merisikokan diri juga keluarga mereka.
Janganlah jadi rakyat yang mementingkan diri. Manalah tahu dari 10/10 posibility boleh dijangkiti kita dapat mengurangkan 1/10 pun dah consider membantu. Apatah lagi jika kita bersatu hati.
Dan bila kita cuba berfikir dari sudut lain pula, pada pendapat eija wabak yang benar-benar menduga kita sekarang ini mungkin sebahagian ujian yang esa. Di mana dia menguji kesabaran kita dan keteguhan hati menerima sesuatu ketentuan.
Sebagai hamba kita perlu berusaha serta yakin setiap penyakit ada ubatnya. Mungkin juga selama ini kita sudah cukup selesa sehingga lupa tanggungjawab kita sebahagian hambanya.
Sejujurnya ini peringatan untuk diri eija juga. Kita ni manusia yang tidak dapat lari dari kelalaian. Semoga kita akan jadi saudara yang saling ingat mengingati dan tidak membiarkan saudara kita kealpaan.
Sebagai hambanya eija turut terkesan, apakah diri ni sudah benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebagai hambanya? Apakah perkara yang aku lakukan sudah berada dilandasan yang betul? Apakah aku masih alpa? Dan apakah aku sedar bahawa apa jua yang berlaku dalam hidup ini hanya 1. Baik atau buruk yang berlaku kita perlu sentiasa kembali kepadanya.
Eija mengharapkan semoga Allah S.W.T akan sentiasa bersama membantu kita dan wabak ini akan segera terhapus dengan berkat kesabaran, bersatunya hati kita serta doa kita yang tidak putus-putus mengharapkan pertolongan darinya.
Insyallah semoga kita sentiasa dilindungi dan mereka yang dijangkiti akan segera diberi kesembuhan.
AMINNN...
* Note
Doa yang tiada hijab ialah meminta dari yang ESA...
Post a Comment