Salam Maulidur Rasul | 2020

Friday, 30 October 2020

Biarpun kita sudah meraikan hari Maulidur Rasul 2020 semalam tapi rasanya tidak salah jika eija berkongsikannya lagi.


Kita tahu hari tersebut adalah hari kelahiran atau hari keputeraan Nabi Muhammad S. A.W yang dilahirkan pada 12 Rabiulawal pada subuh hari Isnin, 20 April 571 Masihi di rumah Abu Talib di Mekah. Dan Baginda telah diberi nama Muhammad Bin Abdullah.


Setiap tahun kita pasti akan meraikannya tetapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar memahami dan menghayatinya.  Memandangkan keadaan sekarang yang masih belum stabil disebabkan wabak covid-19. Jadi sambutan Maulidur Rasul tidaklah seperti tahun-tahun sebelumnya. Ianya lebih tertutup dalam bilangan yang lebih terhad.


 Pada pendapat eija, walaupun tiada sambutan sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W kita masih boleh menyambut atau meraikannya dengan sentiasa berselawat ke atas nabi dan bukan sekadar menzahirkannya di mana-mana media sosial. 


Update di media sosial tu tak salah, itu juga sesuatu yang bagus. Cuma, kita boleh menghidupkan hari tersebut dengan berselawat beramai-ramai.  Maksud beramai-ramai tu bukan kita pergi berarak ye.


Maksud eija,  kita tahu kebiasaannya hari tersebut kita semua bercuti. Jadi, why not masa yang ada tu kita 1 family hidupkan hari Maulidur Rasul itu dengan berselawat keatas nabi beramai-ramai.


 Kita dapat semaikan rasa cinta kita pada Rasulullah malah dapat mengeratkan hubungan antara keluarga serta penuh keberkatan. Setuju tak??? Kalau boleh buat tiap-tiap tahun. Yelah tak semua dapat meraikan sambutan Maulidur Rasul kan. Dan lebih baik bukan pada hari Maulidur Rasul sahaja kita berselawat tetapi teruskan berselawat jadikan amalan setiap hari.


Terlalu banyak manfaat yang kita boleh dapat dan kadang-kadang kita tak perasan. Malah berselawat ni tak kira tempat dan masa. Boleh buat di mana-mana atau bila-bila masa sahaja.



* Note


" Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah S.W.T akan berselawat dengan sepuluh selawat. " (Riwayat Muslim-384) 



 

Post a Comment

Latest from my instagram @ eijalyeza