Struggle??? Nak kata struggle sangat tu tak lah. Tapi alhamdulillah setakat ni i still survive. Ye.. bukan senang nak melepaskan sesuatu perkara yang kita dah biasa buat bertahun-tahun lamanya. Memang plan pada mulanya after kahwin and decide nak pindah balik melaka eija akan cari kerja baru. Tapi entahlah tiba-tiba hati ni berat je nak kerja. Bukan lah tak nak bantu suami & husband pon agak berat apabila eija bagitau eija nak jadi surirumah.
Yela...first dari segi ekonomi means suami takkan dapat bagi macam mana gaji or income yang eija pernah dapat dulu. Sebagai contoh, eija nak beli apa-apa means eija kene mintak suami itupon kalau suami ada budget. Berbanding dahulu apa kita nak beli kita beli je... Yelah duit sendiri.
And, second eija tak bosan ke duduk rumah sorang2 lagi eija belum dikurniakan zuriat. Then tak boleh keluar or jumpa kawan- kawan macam selalu. Bukan la maksud nak enjoy tapi it's about environment bekerja.
Contohnya seperti sekarang time husband kerja eija sorang-sorang dekat rumah only ditemani anak2 bulus eija jela (kucing2 peliharaan eija). Kalau betul-betul nak keluar maybe hari minggu je time husband off day. Mean life eija lebih banyak sendiri. So, tak bosan ke?? tak stresss?? Tu husband eija risau.
So, untuk pengetahuan readers bile kita change life 100%, honestly banyak perkara kita perlu build semula. Tipulah kalau kata tak struggle. Daripada 2 orang yang berkerja kepada seorang sahaja.
Tapi eija percaya rezeki ada dimana-mana and bergantung bagaimana cara kita nak dapat dan cara kita nak urus. Pernah tak dengar orang mengeluh "aku ni laki bini berkerja tapi banyak benda je yang tak cukup-cukup"...
Eija tak salahkan mereka yang berkerja. Tak semua macam tu. Ini sebenarnya dari pengalaman diri eija sendiri. Kalau readers ada baca tentang diri penulis, eija ada kongsikan yang sebelum eija decide nak pindah ke melaka yang eija masih bekerja di kuala lumpur hampir setahun lebih after married.
So, dari pengalaman itulah ingin eija kongsikan pada mereka yang ambil keputusan untuk berhenti kerja & menjadi suri rumah sepenuh masa jangan rasa rendah diri or stress. Sebab perkara-pekara macam tu ada dimana-mana. Bekerja or duduk rumah pun ada stress masing-masing.
Everything pada diri kita sendiri. Macam mana kita nak lalui dan uruskannya. Ada masa ok ada masa down it's part of circle life. Semua tu normal and berbalik pada diri kita sendiri.
Jadi, di sini eija nak share tips how eija boleh lalui life sebagai surirumah dari segi faktor kewangan, social life & emosi.
Kewangan
Dari segi kewangan kita masih boleh bekerja dari rumah. Tak semestinya perlu ke pejabat atau keluar bekerja. Sebagai contoh kita boleh memilih untuk bekerja dari rumah seperti influencer macam youtuber ke, blogger ke or buat business online seperti yang eija buat sekarang.
Buat masa ni, eija buat bisnes kecil-kecilan jual tauhu bergedil dengan anak sedara eija. Maybe incomenya tak sebanyak mana tapi alhamdulillah eija mampu beli produk skincare or pakaian sendiri tanpa perlu meminta duit suami.
Ye tahu, memang makan pakai suami perlu sediakan. Tapi bila kita dah memilih jadi surirumah janganlah letak 100% pada bahu suami. Dalam rumahtangga perlu ada tolak ansur and saling membantu. Dahlah duit rumah, duit kereta, barang dapur & keperluan rumah yang lain suami yang bayar. Jadi, apa salahnya jika kita nak beli barang kehendak sendiri, kita cuba usaha dan beli sendiri. Tak salah pun. Kecualilah memang suami kita kaya atau terlebih mampu.
Dan lagi satu, janganlah diri tu dah tak bekerja tapi demand kehendaknya macam orang bekerja juga. Bagi mereka yang ado-ado or sederhana macam eija ni kita perlulah belajar bertolak ansur dan bersederhana. Insyaallah pasti cukup.
Social Life
Bukan tak penting cuma bahasa yang kita senang paham. Tak matilah kalau tak bersosial. Maksudnya bukan kemestian dan ada juga batasnya. Bila jadi surirumah, nak bersosial tu memang agak terbatas. Yelah kadang-kadang nak berjumpa maybe ada rakan or family yang busy dengan urusan masing-masing.
Untuk part ni seharusnya tidak timbul persoalan anti-social. Dan kalau ada kawan-kawan yang tak boleh nak jumpa atau keluar bersama kita perlu sentiasa bersikap terbuka dan positif. Sometimes manusia ni perlukan own space untuk create their own planning.
Lagipun sekarang zaman IT. Apa nak risau whatsapp, video call semua ada. Cuma tak bersua muka je tapi masih boleh bersosial di alam maya kan...waaahh gitu..hihihi 😂. Dan eija nak nasihatkan jugak jangan terlalu risau atau memikirkan pandangan orang. Tiada orang yang boleh mencorakkan hidup melainkan diri kita sendiri. Selagi kita tak buat salah atau dosa biaq pi apa orang nak kata.
Banyak je perkara bermanfaat yang boleh kita lakukan di rumah sebenarnya. Antaranya kita boleh belajar bercucuk tanam sama ada tanam pokok bunga atau sayur-sayuran, membuat kerja-kerja seni seperti melukis atau mencipta sesuatu, membaca menambahkan ilmu seperti menelaah buku-buku agama atau buku-buku ilmiah, belajar menulis seperti mengarang puisi atau menulis blog pun membantu. Dan 2 perkara terakhir inilah hobi baru yang eija sedang lakukan. Memang sangat bagus guysss.
Emosi
Yang terakhir ni sangat berkait rapat dengan tekanan. Sama ada kita boleh melalui 2 faktor di atas atau tidak. Rasanya semua orang melaluinya. Tapi bagi eija, bagaimana susah hidup kita lalui sama ada pada faktor kewangan mahupun sosial kehidupan hakikatnya kita pasti berbalik pada sang pencipta.
Kerana apa??? Kerana eija juga merasainya, di mana setiap kesusahan mahupun tekanan tiada cara yang lebih baik apabila kita sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. Cuba jangan tinggal solat dan cari masa membaca Kalam Allah S.W.T. Sebagai tambahan cari masa mendengar ceramah-ceramah agama dan motivasi. Dan jika berpeluang hadir ke kuliah agama di surau atau masjid. Hadirlah...
Tiada kerugian mahupun bebanan menjadi suri rumah ni. Nak bekerja, nak cari duit lebih tidak semestinya keluar bekerja di luar. Sekarang zaman moden. Macam-macam cara kita boleh lakukan. Kita dapat mengurus rumahtangga lebih baik malah masih dapat menjana pendapat sekalipun duduk di rumah.
Insyaallah sesusah mana pun hidup, kita pasti boleh lalui. Jika diberi ujian, kerana dia ingin mengajar kita menjadi lebih baik. Hidup kita, kita juga yang corakkan. So, jangan stress enjoy our life & sentiasa bersyukur.
*Note
"Hidup mana yang tiada dugaan..."
Post a Comment