"Satu Muharram detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah...."
Biasa bukan dengan lagu ni?. Lagu yang menandakan tahun baru bagi umat Islam serta menandakan peristiwa penting dalam Sejarah Islam. Peristiwa yang jatuhnya pada 1 Muharram, yang mana perpindahan Nabi S.A.W dari Mekah ke Madinah itu telah menjadi permulaan di dalam kalendar Hijrah.
Di Malaysia sendiri kita sambut setiap tahun cuma tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini kerana kita masih berperang dengan Covid-19 dan sudah tentu kita masih perlu mematuhi SOP serta bilangan juga dihadkan.
" Ummah Rabbani Negara Harmoni " telah menjadi tema Maal Hijrah peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Seperti biasa beberapa tokoh Islam akan dipilih dan salah seorang tokoh Islam pilihan tahun ini adalah Tan Sri Dr Noor Hisham. Eija pun sangat bersetuju dengan pemilihan beliau dengan melihatkan kewibawaan, sumbangan serta contoh terbaik yang ditunjukkan. Lebih-lebih ketika negara kita berperang dengan wabak Covid-19 ini.
Pada pendapat eija, Hijrah bukan hanya membawa maksud perpindahan tetapi hijrah mengajak kita untuk sentiasa memperbaiki, bersatu hati, membantu serta kuat untuk Agama Islam. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk negara serta umat Islam keseluruhannya.
Jadi sama-sama kita jadikan Maal Hijrah permulaan baru hidup kita untuk menjadi lebih baik, bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri.
Salam Maal Hijrah pada seluruh umat Islam.
Post a Comment