Tahniah Abang Ipar

Thursday, 13 August 2020
"Selamat pengantin baruuuu...jeng..jeng..jengg..jenggg...jengggg......"

Ceh terexcited pulak...hihihihi. Teringat alam pernikahan ke kak eija ooiii. Wake up..wake up...Ok, sebenarnya eija nak cerita yang sabtu lepas 8/8/2020 adalah tarikh di mana abang ipar eija selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hati iaitu kak Ermayanti. Bagai pinang dibelah dua gitu.


Ikutkan kak erma tu lebih muda dari eija tapi disebabkan along tu lebih tua dan abang ipar eija so secara rasmi kenalah panggil kak erma. Yela nanti orang kata takde adap pulak. Pantang tok nenek kita tak hormat orang ni...hihihi.

Sepatutnya majlis berlansung bulan 3 hari tu tapi dah Malaysia dan seluruh dunia ditimpa wabak covid-19 maka terpaksalah majlis ditunda sehingga diberitahu. Alhamdulillah apabila wabak ni mula reda sedikit dan kerajaan sudah memberi kebenaran barulah tarikh perkahwinan dibincang semula.



Reader mesti paham sekarang masih lagi musim wabak covid-19 so majlis perkahwinan hendaklah ikut SOP. Jadi majlis abang ipar ni settle 1 side je. Sebelah pagi nikah then tengahari tu majlis bersanding di rumah pengantin perempuan. Jemputan pun terhad beberapa orang sahaja dalam 1 masa. Belah lelaki tak buat pape pon. Takpalah biarpun sederhana yang penting yang wajib tu dah selamat dah.

Tulah tak sangka perkenalan singkat disatukan oleh kenalan akhirnya along selamat diijabkabulkan. So pada yang lambat jodoh tu jangan risau. Allah S.W.T dah tetapkan jodoh manusia berpasang-pasangan cuma cepat atau lambat je. Yang penting jangan putus doa dan berusaha. Niat mendirikan masjid sangat dituntut dalam Islam so insyaallah Allah S.W.T pasti tolong.

Selamat pengantin baru merpati dua sejoli. Semoga menempuh alam rumahtangga dengan sabar dan saling bertolak ansur. Dan semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah amin....


Note*
"Musabah diri kena yakin, sabar & jangan dengar cakap orang. Hidup kita, hanya kita and Allah S.W.T sahaja yang tahu."







Post a Comment

Latest from my instagram @ eijalyeza