Saturday, 22 August 2020
Kolestrol???
Pernah dengar tak atau tak berapa nak ambil tahu??? Yang mana satu?... Sejujurnya itu yang eija rasa sehinggalah husband sendiri dikesan mempunyai kolestrol tinggi baru-baru ini. Kalau tak, tak pernah kisah pun. Selalu yang eija risau adalah penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Macam mana boleh tahu ada kolestrol dan boleh tercheck darah ni?. Puncanya adalah lately husband eija kerap terkena serangan asthma secara mengejut then pam asthma yang biasa dia gunakan macam tak jalan kurangkan asthma dia. Yang merisaukan eija if husband akan kena mengejut time kerja. Asthma mengejut ni agak bahaya jadi eija memanglah sangat-sangat risau.
No choice husband terpaksa ke bahagian emergency hospital untuk ambil gas. Bila doktor di bahagian emergency check asthma husband tak lah teruk sangat. Jadi nak tahu punca sebenar doktor buat surat and minta husband buat check darah. Dalam minggu ni jugak husband buat check darah tu. Terkejut juga eija bila husband mesej and result darah menunjukkan husband ada kolestrol. Dan bacaan kolestrol pun agak tinggi.
Isteri mane yang tak risau kan. Jadi eija google and cari info untuk tahu apa punca kita boleh terkena kolestrol ni serta alternatif lain untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Yang eija tahu doktor pun menyarankan kita jangan hanya bergantung pada ubat dan cari alternatif terbaik dengan menjaga pemakanan.
Yup... memang setuju sangat. Penyakit-penyakit yang wujud sekarang nipun salah satunya berpunca dari permakanan yang tak betul. Kolestrol ni bukan hanya menyerang orang yang meningkat usia. Malah penyakit ini mula menyerang golongan muda.
Kita tengok jela berapa banyak makanan fast food, berlemak dan berminyak yang ada di Malaysia ini. Yelah..tulah makanan yang mudah, ringkas dan cepat. Lagi-lagi zaman yang busy sekarang ini. Jadi nak mencari dan menyediakan sendiri makanan sihat tu memang lah tak sempat.
Eija tak salahkan peniaga-peniaga diluar sana. Itu punca rezeki mereka. Bukan lah tak boleh makan lansung. Boleh makan tapi makan tu kena lah beringat-ingat. Yang sakit yang merana bukan orang lain pun kita juga kan.
Eija juga percaya jika kita boleh restart balik dengan pengambilan makanan yang betul insyaallah penyakit-penyakit ni semua akan go away.
Sebagai kebaikan bersama eija nak share info yang eija perolehi tentang apakah punca dan solution bagi penyakit kolestrol ini. Sama-sama kita membantu tak salah bukan.
Apa itu kolestrol?
Untuk pengetahuan readers kolestrol ini adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh badan untuk brekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolestrol dan boleh didapati melalui sumber makanan. Tubuh kita masih memerlukan kolestrol untuk menghasilkan sel-sel seperti membran, hempedu, sesetengah hormon serta vitamin D.
Tapi perlu diingat kolestrol ni ada 2 jenis, ada kolestrol baik dan ada kolestrol jahat. Ooo...macam tu rupanya. Maksudnya tak semua kolestrol tu baik. Dalam baiknya, ada juga jahatnya..hihihi. Tapi nak tahu jugak apa yang kolestrol baik dan kolestrol jahat ni buat.
Kolestrol Baik (high density lipoprotein atau HDL)
Kolestrol baik ni berperanan membawa kolestrol di dalam darah kembali ke hati. Kemudian kolestrol ini akan diproses dan dikeluarkan dari tubuh.
Kolestrol Jahat (low density lipoprotein atau LDL)
Manakala kolestrol jahat ni pula sejenis kolestrol yang akan mengenap pada saluran darah, menyumbat arteri-arteri dan seterusnya meningkatkan risiko serangan penyakit jantung dan strok. Eee...jahatkan...Jadi, kita perlu ambil tahu pasal kolestrol ni dan jangan ambil mudah sahaja.
Tapi kadar kolestrol boleh berubah jika kita mula merubah gaya hidup serta cara permakanan dengan cara :
- Menghadkan pengambilan lemak tepu yang ada pada mentega, cheese, susu penuh krim, mayonis, lemak daging dan sebagainya.
- Mengelakkan makanan lemak trans seperti majerin dan snek-snek. Memang sedaplah makan tapi sangat memudaratkan kita.
- Mula meningkatkan pengambilan serat larut. Serat larut ini dikatakan mampu menyerap kolestrol di dalam darah yang boleh didapati pada oat, kekacang, epal dan buah pear.
- Start tukar gaya hidup lebih sihat dengan bersenam. Seperti aktiviti berjalan kaki, berjoging serta berbasikal yang sangat bagus untuk kesihatan jantung. Tidak perlu lama cuba ambil masa 30 minit je untuk bersenam 5 kali seminggu.
- Berhenti merokok dan bagi non muslim kurangkan pengambilan alkohol. Tapi setahu eija berhenti merokok secara mengejut juga agak bahaya. Ini kerana kita boleh terkena serangan jantung tiba-tiba. Jadi kurangkan merokok dan berhenti secara perlahan-perlahan. Dan yang penting minta dahulu saranan doktor bagi perokok tegar ini.
- Bagi mereka yang sudah ada tanda kolestrol ini dengan melakukan ujian kolestrol secara rutin. Dengan cara ini kita dapat menstabilkan kadar kolestrol dalam badan jika terdapat tanda-tanda peningkat.
Jadi, eija harap bukan hanya untuk husband eija je kembali sihat tetapi buat diri eija sendiri dan readers di luar sana sentiasalah mengamalkan gaya hidup serta merubah cara permakanan kepada yang lebih sihat. Tiada siapa yang tahu tahap kesihatan kita melainkan diri sendiri yang merasa perubahannya.
* Note
" Mencegah lebih baik dari merawat "
Friday, 21 August 2020
Ayah Ibu Harta Dunia Akhirat
Hari ini eija pergi temankan mak ambil darah dekat hospital. Sepatutnya next month regular check up. Tapi tak tahulah miss up apa hospital baru perasan yang mak eija dah setahun lebih tak buat check up darah. So, macam manapun kene bawa hari ni jugalah.
Selalu kakak eija yang bawa sebab waktu check up dia selalu sama dengan mak. Tapi dah nurse suruh datang jugak sebab dah lama sangat tak check jadi eija temankan lah. Lagipun hari jumaat memang eija tak berniaga so memang free.
Ambil darah tu tak lama pun kejap je. Lepas ambil darah nurse suruh ambil air kencing. Lepas semua sample nurse dah ambil nurse suruh kita orang balik. Masa bawa mak jumpa nurse tu eijalah yang teman and ada masa eija pimpin lengan mak.
Masa pimpin tulah tetiba eija rasa sayu hati. Ya Allah dah tua sangat mak aku. Masa berlalu sangat cepat. Dulu kalau ikut mak beli barang dia memang pantas je buat kerja and tak mudah penat. Kalau berjalan mak yang paling laju eija yang muda ni pun tak terfollow...hihihi...Mak eija ni kecik je orangnya. Berbeza dengan arwah ayah yang tinggi dan tegap.
Tapi tulah apa yang eija nak kongsi dekat sini, selagi mak atau ayah kita msih ada hargailah. Baik atau buruk tetap mak ayah kita. Jika ada perkara buruk yang dilakukan doa supaya mereka berubah kearah kebaikan.
Adatlah kalau bertikam lidah atau berlainan pendapat. Lagi-lagi anak perempuan. Tapi dia tetap mak yang melahirkan kita. Kita tak tahu berapa lama dia akan bersama kita. Bila bergaduh atau marah pasti macam-macam kat otak tu kita fikir. Tapi ingatlah tiada mereka, tiadalah kita.
Kalau yang dah lama tak sefahaman cubalah rendahkan ego berjumpa dan minta maaf. Yang dah lama tak berhubung call lah selagi kita masih boleh dengar suara mereka. Yanag lama tak balik tu jenguklah. Peluklah mak kita selagi kita boleh dengar nafas mereka.
Eija cakap macam ni sebab eija taknak one day kita rasa menyesal dan terkilan sebab tak sempat berbuat apa-apa.
Salah satu contoh lihat la pada gambar viral di bawah....
Dari gambar di bawah jelas kasihnya seorang anak tak dapat diluahkan. Mahu ibunya sentiasa ada pada hari bahagia. Semoga kita boleh menjadi anak yang baik buat mak ayah kita.
*Note
"Ingat lah sekaya manapun hidup kita. Harta yang tiada nilai ialah orang tua. Membahagiakan orang tua bukan sahaja saham dunia malah saham akhirat buat kita semua".
Thursday, 20 August 2020
Salam Maal Hijrah 1442H/2020
"Satu Muharram detik permulaan
Permulaan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah...."
Biasa bukan dengan lagu ni?. Lagu yang menandakan tahun baru bagi umat Islam serta menandakan peristiwa penting dalam Sejarah Islam. Peristiwa yang jatuhnya pada 1 Muharram, yang mana perpindahan Nabi S.A.W dari Mekah ke Madinah itu telah menjadi permulaan di dalam kalendar Hijrah.
Di Malaysia sendiri kita sambut setiap tahun cuma tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini kerana kita masih berperang dengan Covid-19 dan sudah tentu kita masih perlu mematuhi SOP serta bilangan juga dihadkan.
" Ummah Rabbani Negara Harmoni " telah menjadi tema Maal Hijrah peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Seperti biasa beberapa tokoh Islam akan dipilih dan salah seorang tokoh Islam pilihan tahun ini adalah Tan Sri Dr Noor Hisham. Eija pun sangat bersetuju dengan pemilihan beliau dengan melihatkan kewibawaan, sumbangan serta contoh terbaik yang ditunjukkan. Lebih-lebih ketika negara kita berperang dengan wabak Covid-19 ini.
Pada pendapat eija, Hijrah bukan hanya membawa maksud perpindahan tetapi hijrah mengajak kita untuk sentiasa memperbaiki, bersatu hati, membantu serta kuat untuk Agama Islam. Bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk negara serta umat Islam keseluruhannya.
Jadi sama-sama kita jadikan Maal Hijrah permulaan baru hidup kita untuk menjadi lebih baik, bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri.
Salam Maal Hijrah pada seluruh umat Islam.
Wednesday, 19 August 2020
My Snap
Nak kata pro tu tak adalah. Cuma eija memang so passionate bila orang ambil gambar yang menarik dengan moment yang cantik. So eija pun try la tapi eija tak adalah ambil guna kamera prfesional. Eija ambil guna camera handphone je. Berangan ambil gambar profesional gitu...
Hahaha takdelah...gambar-gambar ni semua hanya gambar koleksi peribadi eija sahaja...
Click below link for more picture...
Tuesday, 18 August 2020
Teamon - Treatment Set
Akhirnya sampai jugak... Semalam order hari ni dah sampai dah. So pantas....Ok, baru-baru ini eija ada terjumpa satu produk ni. Baca punya baca, eh menarik pulak produk ni. Produk yang eija maksudkan ni haa...
."Teamon".
Sempoi je kan nama produk ni. Tapi bukan nama produk je yang eija nak share tapi eija nak share apa yang menariknya tentang produk ni. Daripada testimoni yang eija baca rata-rata memberi feedback positif. Dan akhirnya eija menjadi salah seorang pembelinya lah.
Apa yang eija tahu produk ni berasaskan bahan semulajadi seperti temun dan oat. Teamon ada mengeluarkan beberapa produk iaitu Teamon Treatment Set, Teamon Scar Set dan Teamon Brightening Set. Produk ini dihasilkan untuk mengatasi masalah parut di wajah.
Eija memang ada masalah parut jerawat. Jadi sebagai permulaan eija mencuba Teamon Treatment Set dahulu then baru eija cuba setnya yang lain. Produk Teamon ini juga dikatakan merawat wajah dan kemudiannya memulihkannya.
Ni eija setuju kerana apa?. Sebabnya tidak semua produk sesuai dengan kulit muka kita dan peggunaan produk kulit yang tidak betul pun boleh menyebabkan masalah kulit kita menjadi teruk. That why eija mengikut saranan founder Teamon ini untuk rawat masalah kulit muka dahulu then kalau ok dan sesuai baru kita ke next step.
Haa...ini baru betul jangan pakai bedal je. Dulu memang kulit muka eija dalam kategori berminyak dan berjerawat yang sangat teruk. Tapi sekarang kulit makin ok selepas menjaga permakanan serta menggunakan produk yang betul. Jerawat tumbuh seketul dua tu normal la. Lagi-lagi bila hormon tak menentu and time period. So, yang tinggal sekarang parut jerawat lama jelah.
Ok, dekat sini eija akan share apa yang ada dalam Teamon Treatment Set yang eija beli. Siapa yang sesuai menggunakannya serta fungsi treatment set ini.
Teamon Treatment Set didatangkan dengan 4 jenis barang iaitu :-
- Green Tea Facemist
- Cucumber Hydration Serum
- Vitamin C Serum
- Teamon Oat Bar Soap
Set treatment ni sesuai bagi mereka yang ingin mengatasi masalah :-
- Breakout
- White head
- Jerawat
- Sunburn
Dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Dari kulit normal, sensitif dan berjerawat. Malah jangan risau ianya selamat digunakan oleh ibu mengandung dan yang menyusu anak. Kerana bahan-bahan yang terdapat di dalamnya tiada chemical yang memudaratkan. Juga berkesan bagi mereka yang mengalami kulit kering, kulit berminyak dan berparut.
Berfungsi membersihkan pori-pori yang tersumbat oleh minyak dan habuk yang menjadi punca jerawat.
Cucumber Hydration Serum
Melembab serta menyeimbangkan pH kulit serta membantu masalah kulit kusam.
Vitamin C Serum
Mencerahkan kulit, merawat sunburn dan parut di wajah.
Teamon Oat Bar Soap
Sabun pencuci muka yang berasaskan oat juga dihasilkan untuk mengatasi masalah jerawat. Malah ianya tidak mengering atau menegangkan kulit wajah.
Untungkan dalam 1 set ada 4 barang. Harga pun sangat berpatutan. Masa eija beli ada sale lagi harganya baru RM 76.00. Dengan packaging dan botol serum kaca seperti produk antarabangsa dan mahal memang sangat-sangat berbaloi lah. Lagi-lagi bila produk Teamon ni semakin mendapat tempat dihati pengguna-pengguna di luar sana kerana keberkesanannya.
Eija pun baru seminggu mengunakannya so lagi 3 minggu eija akan update testimoninya..Tunggu ye readers...hihihi. Eija pun tak sabar nak tengok resultnya. Hope berkesanlah...
Kalau ada sesiapa berminat and try nak usha-usha produk Teamon ini boleh terus pergi ke link dibawah...Semua produk Teamon ada disitu...
Friday, 14 August 2020
Setup Productive Everyday
Setiap hari ada sahaja perkara busy yang kita nak lakukan. Cuma busy tu berbeza-beza. Ada orang busy macam ni, ada orang busy macam tu. Dan cara kita uruskannya pun tak sama. Kadang-kadang bila dah terlalu busy boleh jadi kelam kabut. Betul tak? Mesti rasa tak best je kan.
So, eija ada beberapa tips and why not eija share kan?. Tips ni dah lama juga eija amalkan so far alhamdulillah. Tak stress yang penting lebih produktif. Betul lah orang kata...busy macam mana pun kalau kita pandai urus dengan betul insyaallah pasti success life kita. Ada 3 perkara je yang eija cadangkan, tak perlu banyak.
- Bangun Awal Pagi
Bagi orang Islam bangun pagi rasanya pasti sudah menjadi kebiasaan. Kecuali wanita yang uzurlah. Tapi walaupun di dalam keuzuran dan tak boleh solat subuh itu tidak bermakna kita mesti bangun lewat. Melainkan kita mengalami sengugut tu kira excuse la so bolehlah berehat...hihihi. Waktu paling bagus kita bangun antara jam 6 ke 7 pagi tu dah kira cantiklah.
Jadi kalau sape-sape yang takde masalah tu selepas solat subuh tu janganlah tidur balik. Sebab takut terlajak pulak. Banyak manfaat bangun awal pagi ni, antaranya kita dapat mengurus kerja lebih awal dan masa yang kita ada lebih banyak. So takdelah kita nak terkejar-kejar sana sini sebab tak cukup masa.
Selain itu bangun awal pagi mengalakkan sel otak kita lebih cergas. Sebab waktu pagi adalah aliran darah paling bagus. Kita akan lebih rilek dan degupan jantung akan lebih stabil. Jadi tindakan yang kita lakukan akan lebih positif, teratur dan kurang tekanan.
Bukan hanya kerana ianya amalan Sunnah Rasulullah S.A.W malah ada kajian di luar negara membuktikan pelajar yang mempunyai keputusan yang baik dalam peperiksaan kerana salah satunya mereka sentiasa bangun awal pagi. Jadi bukan bagus untuk student sahaja, sesiapa sahaja yang berkerja atau duduk di rumah pun digalakkkan.
Eija pun dah cuba and alhamdulillah memang banyak betul perbezaannya. So, from now on waking up early in the morning is the beginning your day.
- To-do List
To-do list??? Apa tu?.Haaa...kalau readers nak tahu to-do list ni membantu kita melaksanakan tugas dengan lebih tersusun. Macam mana kita nak buat pulak? Caranya buat 1 senarai tapi tak kisahlah kita nak tulis note dalam buku kecil ke macam buku jurnal tu ke, note sahaja dalam telefon atau laptop. Terpulang ikut keselesaan masing-masing.
Tapi kita senaraikan mana yang lebih piority kepada kurang penting kita perlu buat on that day. Apabila kita dah buat senarai macam ni takde la kita terlupa atau tertinggal mana-mana kerja kita nak buat. Jangan lupa letak target masa. Bukan apa jika kita tak letak masa takut kita terambil lebih masa dan ganggu kerja yang lain pulak.
Bila dah settle kerja tu kita tick means kerja tersebut dah selamat kita buat. Pada surirumah macam eija nipun boleh buat. Nampak macam tak perlu tapi sebenarnya sangat-sangat berguna. To-do list ni membantu kita menjadi seorang yang lebih berdisplin dengan kerja sebenarnya.
- Permakanan
Nampak macam tiada kaitan kan. Tapi sebenarnya sangat penting kita menjaga permakanan. Jika kita jaga permakanan, ambil pada waktu yang betul serta sentiasa mengambil makanan yang sihat sudah pasti kita lebih sihat. Jadi, sesibuk dan sebanyak mana pun kerja yang ada, kita dapat melakukan dengan baik serta efisen.
Apabila badan kita sihat ianya memberi impak besar pada otak untuk bekerja dengan lebih baik, tidak lesu, tidak stress dan lebih fokus. Cuba bayangkan kalau badan kita tidak sihat, sudah pasti otak kita juga tidak sihat. Itu pasti menganggu mood harian kita. Badan kita akan sakit-sakit, tidak bermaya, kurang tenaga dan minda kita akan mula stress.
Cuba kurangkan makanan yang berlemak dan bersantan. Pernah tak makan makanan bersantan lepas tu cepat je mengantuknya. Bukan tak boleh makan tapi kurangkan. Mulai sekarang lebihkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A, B,C, E serta protein. Seperti yang terdapat dalam oat, pisang, ikan, susu dan kurma.
Tak salah bukan? Bukan sahaja kita lebih bertenaga malah kesihatan kita turut terjaga dari sebarang penyakit yang ada macam-macam sekarang ini. Seperti penyakit kencing manis, darah tinggi serta jantung.
Insyallah tiada yang rugi pun jika kita mengamalkan 3 tip di atas. Malah kita menjadi manusia yang menghargai masa, produktif serta sihat. Jangan lupa amalkan ye...👩
Thursday, 13 August 2020
Tahniah Abang Ipar
"Selamat pengantin baruuuu...jeng..jeng..jengg..jenggg...jengggg......"
Note*
Ceh terexcited pulak...hihihihi. Teringat alam pernikahan ke kak eija ooiii. Wake up..wake up...Ok, sebenarnya eija nak cerita yang sabtu lepas 8/8/2020 adalah tarikh di mana abang ipar eija selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan hati iaitu kak Ermayanti. Bagai pinang dibelah dua gitu.
Ikutkan kak erma tu lebih muda dari eija tapi disebabkan along tu lebih tua dan abang ipar eija so secara rasmi kenalah panggil kak erma. Yela nanti orang kata takde adap pulak. Pantang tok nenek kita tak hormat orang ni...hihihi.
Sepatutnya majlis berlansung bulan 3 hari tu tapi dah Malaysia dan seluruh dunia ditimpa wabak covid-19 maka terpaksalah majlis ditunda sehingga diberitahu. Alhamdulillah apabila wabak ni mula reda sedikit dan kerajaan sudah memberi kebenaran barulah tarikh perkahwinan dibincang semula.
Reader mesti paham sekarang masih lagi musim wabak covid-19 so majlis perkahwinan hendaklah ikut SOP. Jadi majlis abang ipar ni settle 1 side je. Sebelah pagi nikah then tengahari tu majlis bersanding di rumah pengantin perempuan. Jemputan pun terhad beberapa orang sahaja dalam 1 masa. Belah lelaki tak buat pape pon. Takpalah biarpun sederhana yang penting yang wajib tu dah selamat dah.
Tulah tak sangka perkenalan singkat disatukan oleh kenalan akhirnya along selamat diijabkabulkan. So pada yang lambat jodoh tu jangan risau. Allah S.W.T dah tetapkan jodoh manusia berpasang-pasangan cuma cepat atau lambat je. Yang penting jangan putus doa dan berusaha. Niat mendirikan masjid sangat dituntut dalam Islam so insyaallah Allah S.W.T pasti tolong.
Selamat pengantin baru merpati dua sejoli. Semoga menempuh alam rumahtangga dengan sabar dan saling bertolak ansur. Dan semoga menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah amin....
Note*
"Musabah diri kena yakin, sabar & jangan dengar cakap orang. Hidup kita, hanya kita and Allah S.W.T sahaja yang tahu."
Subscribe to:
Posts (Atom)